06 May 2025

"SAYA NAK KELUAR DARIPADA LINGKUNGAN T0KSIK INI" - NORA ARIFFIN NAFI CIPTA DRAMA, SERONOK SUAMI MASIH SAYANG DEK ENGGAN CERAIKAN



"Sejujurnya, saya tidak tahu apa keputusan dia (Dr Rushdi) hari ini. Saya tidak bertanya langsung dan saya benar-benar tidak tahu. Saya baru dapat tahu tadi.
"Sebenarnya, saya lebih bersedia jika dia ingin meneruskan perceraian. Apabila dia berkata begitu, saya perlu memikirkan langkah seterusnya dan bersedia melalui proses yang selanjutnya.

"Apa yang difahamkan, Dr. Rushdi menolak untuk perceraian ini. Saya mohon ruang untuk melalui semua ini dan perlu fikir kalau teruskan adakah saya perlu melalui situasi yang sama lagi.

"Saya berasa seronok juga sebab rupa-rupanya dia masih sayang pada saya. Tetapi kena fikir langkah seterusnya macam mana. Kami tidak bermusvh dan tiada benda yang nak b£nci dia.

"Sebab dia terlalu baiklah jadi begini. Namun, saya berserah," ujar penyanyi Datuk Nora Ariffin, 52, yang mengakui lega apabila suaminya, Dr. Rushdi Ramli tidak melafazkan talak dalam sebutan pertama k£s perceraian mereka yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pagi tadi.

Bersedia untuk melalui proses selanjutnya bagi memperoleh perceraian, Nora berkata, dia tahu suaminya itu masih sayangkan dirinya serta memerlukan ruang berfikir usaha untuk mempertahankan rumah tangganya jika tidak berlaku perceraian.

Dalam pada itu, Nora tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia mahu mencipta drama, sebaliknya dia memfailkan cerai kerana sudah pernah berdepan dengan kemelut rumah tangganya.

"Saya bukan mahu cipta situasi atau drama. Saya tidak perlukan semua itu kerana saya hanya mahu bersihkan nama saya. Tindakan saya fail cerai pun kerana sudah terlalu penat melalui semua ini. Memang boleh bertahan tetapi sampai bila?

"Saya sudah buat apa yang patut dilakukan. Hari ini pun keputusan dia yang tidak dip£ngaruhi mana-mana pihak. Walaubagaimanapun, sebagai isteri saya perlu hormat dan berbincang selepas ini," tuturnya.

Sebelum ini, Nora berharap agar perbicaraan sebutan perceraian pertama yang berlangsung di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, pagi tadi bakal menyelesaikan segalanya.

Menurut penyanyi lagu 'Di Persimpangan Dil£ma' itu lagi, dia ingin keluar dari lingkungan t0ksik dan meneruskan kehidupannya, selain ingin membersihkan semula namanya yang terpalit kontr0versi.

"Apa sahaja keputusan, saya terima sebaik mungkin. Yang penting, tujuannya adalah nak selesaikan mas@lah ini dan saya nak keluar daripada lingkungan t0ksik ini. Saya nak bina hidup baharu, nak mula bekerja semula, bersihkan nama dan teruskan kehidupan.

"Sangat (terg@nggu kerjaya). Saya dah 30 tahun dalam industri, tiba-tiba begitu sahaja nama tercal@r. Jadi, saya rasa saya perlu berdiri untuk diri sendiri. Insya-Allah," jelas Nora yang menyerahkan segala keputusan kepada Allah dan bersyukur dikellilingi orang-orang baik.

"Saya berserah apa sahaja. Kalau Allah nak macam itu, ia jadi begitu. Alhamdulillah, saya ada sokongan orang-orang baik, kakak angkat saya. Insya-Allah, benda itu jadi semangatlah. Nampak sahaja kuat, tapi sebenarnya 'dub dub dub' (berdebar)," katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Nora, Sarah Mohd Ali berkata, Mahkamah Rendah Syariah Petaling menetapkan tarikh 4 Jun depan sebagai tarikh sebutan kedua selepas suami Nora enggan meneruskan perceraian terhadap isteri keduanya itu dalam prosiding yang berlangsung hari ini.

"Rushdi menolak permohonan cerai kali ini. Jadi, akan berlaku sebutan kali kedua pada 4 Jun untuk perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP). Bagaimanapun, pihak defendan tidak menyatakan alasan mengapa dia menolak perceraian.

"Jadi, kita akan ikut proses Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan sekiranya gagal, kita akan teruskan dengan proses hakam," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: