06 May 2025

"RASA TERKIL4N SEBAB TAK DAPAT TUNAIKAN IMPIAN ARWAH KAKAK UNTUK KAMI KELUAR LUANG MASA BERSAMA" - KHADIJAH IBRAHIM



Penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim, 65, ketika ditemui selepas majlis pengebumian kakaknya yang juga pelakon legenda, Allahyarham Sophia Ibrahim, 77, di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, meluahkan rasa terkil@n apabila tidak dapat menunaikan impian arwah kakaknya itu untuk keluar bersama.
Jelas Khadijah lagi, dia ada mengirimkan pesanan mesej ringkas kepada arwah kakaknya itu untuk bertanya khabar kira-kira jam 3 petang semalam dan ia adalah perbualan terakhir mereka.

"Saya berada di Sabah atas urusan kerja semalam dan rasa terkil@n juga sebab tak dapat tunaikan impian arwah kakak untuk kami keluar meluangkan masa bersama.

"Tapi, kali terakhir saya berjumpa dengan arwah kakak kira-kira dua minggu lalu dalam majlis perjumpaan keluarga. Selepas itu, saya memang sibuk dengan urusan kerja yang memerlukan 'terbang' ke Singapura dan semalam, saya berada di Sabah.

"Apapun, saya sebenarnya memang berniat apabila kembali ke Kuala Lumpur, nak bawa arwah kakak keluar berjalan-jalan dan makan-makan bersama sebab saya memang sering melayannya," katanya.

Menurut Khadijah, dia mengetahui berita pemergian Allahyarham Sophia atau nama sebenarnya, Safiah Ibrahim, yang disahkan meninggal dunia pada jam 7.15 petang semalam daripada anak saudaranya, Hairee.

Kongsi Khadijah, Allahyarham Sophia adalah anak sulung daripada 12 beradik dan sejarah rekod kesihatannya, arwah memang tidak mempunyai peny@kit kr0nik selain asma, b@tuk dan sels£ma.

Dalam pada itu, berbicara lanjut mengenai arwah, Khadijah berkata, dia sangat rapat dengan arwah dan selalu menghubungi kakaknya itu pada setiap hari kerana Sophia memilih tinggal bersendirian.

"Kami akan berhubung setiap hari tak kiralah panggilan telefon atau kiriman mesej WhatsApp. Biasanya, kalau dia (arwah) senyap, saya akan segera bertanya khabar kepadanya.

"Saya juga suka layan dia makan. Apa saja makanan yang dia teringin nak makan macam bubur sum sum kegemarannya, saya akan berusaha memasak hidangan itu dan dia akan rasa sangat gembira.

"Bagaimanapun, saya sebenarnya tak nampak apa-apa perubahan p£lik sebelum arwah nak 'pergi'. Tapi Hairee ada beritahu yang arwah ada cakap dua tiga kali kepadanya yang dia (Sophia) dah nak pergi," tuturnya.

Disamping itu, ujar Khadijah lagi, Allahyarham kakaknya itu pasti tidak akan cakap perkara macam sebegitu di hadapannya kerana dia seorang yang sangat p0sitif.

"Apapun, pada hari ini saya sangat bersyukur kerana pengurusan jenazah kakak saya dari hospital sehinggalah ke liang lahad dipermudahkan Allah. Malah, cara pemergiannya semalam pun mudah.

"Dia tak s@kit lama pun dan semua yang berlaku ke atas arwah kakak semalam, secara tiba-tiba. Saya reda dengan kem@tian kakak saya dan semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah," katanya.

Unuk info, Allahyarham Sophia juga adalah kakak kepada penyanyi dan pelakon Allahyarham Latiff Ibrahim yang meninggal dunia pada 20 Februari 2012.

Allahyarham Sophia yang selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Jalan Karak di sini, kira-kira jam 10.30 pagi tadi, meninggalkan empat orang anak dan lima orang cucu.

Pada pengebumian itu, antara rakan artis yang dilihat hadir memberikan penghormatan terakhir adalah Mak Jah, Mustafa Kamal, Salamiah Hassan, Suzan Menan, Riot Kool dan Ifa Raziah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: