"Yes saya kerja as server O'briens bezanya I dapat gaji lebih sikit I can do my live sambil kerja."
Demikian kata pelakon sens@si, Zarina Anjoulie menerusi satu hantaran di media sosial, dimana dia berkongsikan mengenai pekerjaan terbarunya kini di sebuah kedai sandwich popular, O'Briens.
Ujar Zarina atau lebih mesra disapa Anju, dia kini bekerja di restoran tersebut dalam masa yang sama dia boleh membuat siaran langsung ketika bekerja di kaunter.
Dalam pada itu, Anju berkata, dia tidak m@lu bekerja di kedai sandwich berkenaan asalkan ianya rezeki yang halal kerana tawaran kerja kini sudah berkurang dan mengakui dirinya 's£ndu'.
Tambahnya lagi, sebagai ibu tunggal, dia perlu bekerja untuk menyara kehidupannya termasuk anak tunggalnya serta turut meminta doa orang ramai.
"Maklum lah job review dah kurang, I dah s£ndu... So korang come la singgah tempat kerja Anju dan support ye.
"Saya tak m@lu nak kerja as server asal halal. I'm a single mother, kena la buat apa yang patut untuk nak hidup dan sara anak. Doa-doa kan ye. Thank you semua love," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment