26 May 2025

FAHRIN AHMAD AKUI KEHILANGAN BAPA TINGGALKAN K£SAN MENDALAM BUAT DIRINYA : "SEAKAN KUAT PADA ZAHIRNYA TAPI UNTUK YANG INI HATI SAYA TERLALU R4PUH..."



"Satu lagi kehilangan yang saya tak mampu gambarkan perasaannya. Seakan kuat pada zahirnya tapi untuk yang ini hati saya terlalu r@puh yang hanya Tuhan mengetahui."

Itulah jelas pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad, 46, dimana dia mengakui, kehilangan bapa tercinta, Allahyarham Ahmad Atil meninggalkan k£san yang mendalam buat dirinya.

Bagaikan hilang kata, Fahrin yang menulis luahan tersebut dalam satu hantaran di media sosial, memberitahu, hatinya r@puh selepas bapanya meninggal dunia pada Jumaat lalu.

Klik untuk gambar besar

Menerusi hantaran itu juga, Fahrin turut berkongsi foto sekitar majlis pengebumian arwah bapanya yang dihadiri kaum keluarga dan sahabat handai.

Malah, pengacara program 'Wanita Hari Ini' itu mengimamkan solat jenazah arwah bapanya sebelum proses pengebumian.

Jenazah arwah bapa Fahrin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Mahkota, Kajang pada Sabtu.
Disamping itu, Fahrin juga dilihat ada memuat naik foto terakhir bersama arwah bapanya ketika sambutan Aidilfitri pada April lalu, sebagai kenang-kenangan.

Pada Jumaat lalu, Fahrin memaklumkan, dia mendapat perkhabaran duk@ apabila bapanya dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menghadiri sebuah acara di Pasir Gudang, Johor.

Fahrin yang kemudian meninggalkan acara berkenaan untuk bergegas pulang ke Kuala Lumpur, bagaimanapun tidak memaklumkan punca kem@tian bapanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: