"Membayangkan diri saya mengandung. Insya-Allah suatu hari nanti," demikian ujar pelakon Sweet Qismina dimana dia mengimpikan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangganya bersama pelakon Adam Lee, selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Sweet menerusi media sosial baru-baru ini telah memuat naik satu perkongsian video dimana dia dilihat menggunakan teknologi AI untuk membayangkan jika dirinya hamil suatu hari nanti.
Perkongsian Sweet itu menjadi perhatian dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar pelakon itu dikurniakan rezeki zuriat yang soleh dan solehah.
Untuk makluman, Sweet dan Adam mendirikan rumah tangga pada 24 oktober 2022 selepas setahun mengikat tali pertunangan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment