20 May 2025

HAWA RIZWANA AKUI ADA DENGAR DIRINYA SUK4R DIDEKATI LELAKI DEK T4KUT : "HAIRAN JUGA SEBAB SAYA TAK GAR4NG PUN, MUNGKIN FAKTOR KESIBUKAN..."



"Baru-baru ini saya kerap dengar mungkin lelaki t@kut nak dekat dengan saya. Hairan juga sebab saya tak gar@ng pun, mungkin faktor kesibukan menyebabkan apa-apa hubungan 'kawan' tidak boleh diteruskan.
"Sebab saya akan bal@s mesej lambat, hidup saya bekerja sahaja. Jika balik sudah penat saya akan tidur dan masa turut menjadi punca."

Demikian ujar pengacara Hawa Rizwana yang berkata, kesibukan dalam bekerja antara faktor utama dia suk@r untuk mengenali lelaki dengan lebih mendalam, apatah lagi hidupnya hanya dengan kerjaya sahaja.

Tuturnya lagi, dia berasa hairan kenapa lelaki t@kut mendekatinya, meskipun dia ada mendengar dirinya disifatkan sebagai wanita yang suk@r untuk didekati oleh beberapa pihak.

Selain itu, Hawa turut berkongsikan ciri lelaki idamannya dimana dia mahu seseorang yang boleh menerima dirinya seadanya dan dia gembira jika dipertemukan dengan lelaki yang mempunyai minat sama sepertinya.

"Saya banyak bersukan. Seronok kalau jumpa seseorang yang boleh diajak menyelam, panjat gunung, naik basikal sama-sama. Selain itu boleh terima saya seadanya, bonus kalau dia comel.

"Saya masih berkawan, cuma tiada lagi yang boleh dibawa untuk dikenalkan kepada ibu ayah. Jika sudah jumpa baru boleh dianggap s£rius," katanya.

Dalam pada itu, Hawa berkata, dia sentiasa memegang nasihat dan didikan kedua ibu bapanya, malah bapanya turut berpesan untuk mencari pasangan yang boleh dianggap seperti kawan baik.

"Saya sedih pula bila bercakap tentang ini sebab kedua orang tua saya sudah menjaga saya sangat baik sejak kecil. Ibu kata, dia sudah jaga saya elok dan mahu saya mencari seorang lelaki yang bagus.

"Sementara ayah pesan carilah pasangan yang boleh dianggap sebagai kawan rapat," jelasnya yang juga seorang pelakon.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: