"Saya perlu membuat pengesahan pendaftaran terlebih dahulu kerana jika tidak, anak kami nanti tidak boleh dibintikan dengan Shuk.
"Jadi, saya perlu selesaikan hal ini terlebih dahulu sebelum menguruskan pengesahan lafaz cerai di mahkamah.
"Saya ada bukti lafaz cerai itu dan perlu ke mahkamah untuk mengesahkannya. Ketika diceraikan, saya dihubungi seorang ej£n dari Satun, Thailand, yang memaklumkan suami saya mahu melafazkan cerai.
"Namun, saya tidak menyangka dia akan menceraikan saya dengan cara begitu. Kalau betul dia matang, sepatutnya tahu adab dan tertib dalam soal perceraian.
"Dia sepatutnya berjumpa keluarga dan berbincang terlebih dahulu. Di situ saya rasa terkil@n dan k£sal."
Demikian ujar isteri kepada pelawak sens@si, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh dimana dia berharap suaminya itu dapat memberikan kerjasama baik bagi memudahkan urusan pendaftaran pernikahan mereka di mahkamah.
Kata Fara yang sedang berbadan dua, permohonan itu amat penting bagi memastikan anak dalam kandungannya itu dapat 'berbintikan' pelawak itu.
Sebelum ini, Fara pernah memuat naik perkongsian di media sosial memaklumkan, Shuk melafazkan cerai talak satu terhadapnya menerusi panggilan telefon dan ia difahamkan dilakukan di Thailand.
Susulan kejadian itu, Fara memaklumkan, pihak mahkamah sebenarnya sudah menetapkan satu tarikh bagi proses pengesahan pendaftaran, namun Shuk tidak hadir pada tarikh yang ditetapkan.
"Dia pernah tidak hadir sebelum ini dan keadaan itu melambatkan keseluruhan proses sehingga saya rug1 masa lebih sebulan. Bagaimanapun, mahkamah menetapkan satu lagi tarikh untuk kami hadir.
"Saya sudah sampaikan maklumat itu kepadanya melalui orang tengah dan saya nyatakan dia hanya perlu hadir sekali sahaja. Cukup untuk urusan pendaftaran ini, selebihnya biarlah saya yang uruskan," tuturnya.
Dalam pada itu, Fara yang bakal melahirkan anak pertama pada bulan Jun ini, meluahkan rasa syukur mempunyai ahli keluarga yang sentiasa memberi kekuatan kepadanya.
"Alhamdulillah, saya sihat. Kandungan saya kini berusia tujuh bulan satu minggu. Bayi dalam kandungan berada dalam keadaan baik, cuma saya mudah s£mput memandangkan saya ada mas@lah jantung, lebih-lebih lagi apabila bayi semakin membesar.
"Pergerakan saya sekarang agak terhad dan perlahan. Dari segi em0si, ada kalanya saya rasa sedih dan tak boleh bersendirian, jadi saya sentiasa ditemani adik perempuan.
"Sekarang ini saya tinggal bersama ibu bapa saya. Mereka banyak membantu dan sentiasa berada di sisi," katanya yang turut menambah, dia tidak terlalu banyak menangis walaupun berdepan situasi yang mencab@r.
"Sejak awal kehamilan, saya cuma menangis dua atau tiga kali sahaja. Malah sejak insid£n yang berlaku bulan ini, saya langsung tidak menangis lagi kerana sokongan daripada ibu bapa dan keluarga sangat kuat," jelasnya.
Disamping itu, kongsi Fara lagi, ada beberapa rakan Shuk seperti Fizie dan Mamat Sepahtu, menghubunginya untuk bertanya khabar.
Mengulas lanjut mengenai k0nflik yang berlaku, Fara memberitahu, kem£lut rumah tangganya bersama Shuk sebenarnya bermula sebelum mereka menunaikan ibadah umrah pada Ogos tahun lalu.
"Kami cuba perbaiki hubungan dengan mengerjakan umrah, muhasabah diri dan selepas pulang, saya disahkan hamil. Mungkin disebabkan perubahan em0si semasa kehamilan, hubungan kami mula menjadi semakin t£gang.
"Satu perkara yang saya perasan, apabila dia berkawan dengan orang baharu, individu itu bukan perempuan, tapi rakan bisnes dia mula merancang pelbagai perniagaan tanpa membabitkan saya seperti sebelum ini.
"Dulu apa saja yang dia buat, saya tahu. Tapi bila dia berahsia dan bila saya tanya, dia kata saya tak perlu ambil tahu. Dari situlah k0nflik mula terc£tus," ujarnya yang mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023.
Untuk makluman, Shuk pernah berkahwin dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Rossa Sera, sebelum mereka disahkan bercerai pada 22 Mac 2023.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment