Isteri pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah enggan mengulas mengenai sp£kulasi dirinya hamil seperti diperkatakan netizen, baru-baru ini selepas perut wanita itu kelihatan seperti 'baby bump'.
Kata Watie, dia bukannya mahu merahsiakan berita kehamilannya itu dari peminat dan dalam masa sama turut memohon doa yang baik-baik.
"Saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan perkara itu. Saya cuma mohon doakan yang baik-baik buat kami.
"Saya percaya berita baik seperti soal kehamilan perlu dikongsikan dengan semua kerana ia juga satu doa.
"Insya-Allah, bila sampai masanya nanti, pasti kami akan berkongsi berita baik itu kepada semua terutama peminat," tuturnya.
Sebelum ini, hantaran foto terbaharu Watie di media sosial mencur1 perhatian netizen apabila kelihatan 'baby bump' pada perutnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sudah mula berteka-teki dan bertanyakan mengenai perkara itu.
Terdahulu, Shuib memberitahu, dia kini bersedia untuk menimang cahaya mata kelima bersama Watie.
Hasrat berkenaan mula terdetik ketika Shuib dan isterinya itu menunaikan ibadah umrah awal tahun ini, sekali gus membuka ruang untuk perbincangan mengenai masa depan keluarga mereka.
Untuk makluman, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 40, mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun 2023.
Sebelum dengan Watie, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah, namun penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akib@t jangk1tan C0V1D
Hasil perkahwinan bersama arwah Siti Sarah, Shuib dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 4.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment