12 May 2025

JUALAN BARANGAN 'PRELOVED' DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN - ALI XPDC LUAH RASA SYUKUR



"Setakat ini, jualan barangan 'preloved' yang saya jalankan mendapat respon sangat baik. Pelanggan muncul dari pelbagai negeri dan sokongan mereka amat saya hargai."
Itulah tutur penyanyi rock, Ali XPDC yang kini aktif berniaga secara online dengan menjual barangan 'preloved' miliknya menerusi platform media sosial bersama pasukannya dan Empire Daie Ejay Collection.

Jelas Ali, inisiatif yang bermula sejak tiga minggu lalu itu menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada pelanggan di seluruh negara.

Jualan dijalankan dari rumah secara atas talian, dengan siaran langsung (live) di media sosial yang diadakan setiap hari oleh pasukan Ali untuk memprom0sikan pelbagai barangan termasuk pakaian dan aksesori peribadinya.

Apa yang menjadi tarikan utama dalam sesi jualan itu, koleksi motosikal milik Ali sendiri seperti Yamaha RX-Z, Suzuki Panther dan Suzuki V100, dimana ia antara yang paling mencur1 perhatian pembeli.

Bukan itu sahaja, malah pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah istimewa berupa ketiga-tiga motosikal itu menerusi peraduan yang dianjurkan khas sebagai penghargaan kepada para penyokong.

"Saya dan pasukan turut menganjurkan pelbagai peraduan daripada pembelian madu jamu dan minyak wangi untuk memberi semangat dan penghargaan kepada mereka yang sentiasa menyokong kami," katanya.

Hadiah-hadiah lain yang ditawarkan ialah pakej umrah, cat kereta percuma, barangan sunnah dan tiket percutian ke Turkiye.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: