"Bila suami tolak permohonan cerai, saya terk£jut. Jadi bila ditanya saya secara sp0ntan sebut, "sayang juga dia pada saya". Saya tahu tidak sepatutnya berkata begitu.
"Itu bukannya perasaan seronok, tetapi kel£mahan saya adalah bercakap sp0ntan. Selepas kejadian itu saya bertanya sendiri kenapa bercakap begitu."
Itulah ujar penyanyi Datuk Nora Ariffin, 51, dimana dia k£sal dan tidak sepatutnya keluarkan kenyataan gurauan seolah seronok kerana suaminya Dr. Rushdi Ramli enggan ceraikannya ketika sebutan pertama k£s.
Akui Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin, tidak wajar dia tunjukkan reaksi itu, apalagi di hadapan media yang sekaligus menc£tus pelbagai tanggapan daripada netizen.
Dalam pada itu, Nora turut menceritakan, dia sudah bersedia dilepaskan suaminya secara baik di hadapan hakim, kerana penyanyi 'Di Persimpangan Dilema' itu sendiri meminta agar Rushdi memberikan kerjasama baik sepanjang proses penceraian mereka.
Klik untuk gambar besar
"Sebelum masuk mahkamah pun perasaan saya sudah 70 peratus bersedia untuk dilafaz cerai. Kita kena bersedia sebab t@kut p£ngsan. Jadi saya terk£jut dengan keputusan dia," jelasnya.
Disamping itu, Nora yang sudah kembali menjalani rutin harian seperti biasa, selain menunggu tarikh 4 Jun sebagai sebutan kedua k£s perceraian mereka, berkata, dia enggan terb£ban berfikir mengenai k£s tersebut.
"Alhamdulillah, saya kembali macam biasa. Semua okay dan dipermudahkan. Saya tak ser@but sebab sudah tahu proses apa akan jadi dan hanya tunggu tarikh mahkamah.
"Terlalu berfikir pun tak guna sebab sudah tahu arahnya. Saya tidak akan menarik balik fail penceraian itu jadi tunggu saja tarikh dan langkah seterusnya," katanya yang mengumumkan perkahwinannya dengan Rushdi pada 2021.
Terdahulu, rumah tangga Nora menjadi sorotan apabila dia membuat permohonan cerai terhadap Dr Rushdi dan k£s mereka masih dalam perbicaraan mahkamah.
Kontr0versi perkahwinan pasangan ini timbul apabila Nora memuat naik video Rushdi menceraikannya pada Ogos tahun lalu.
Namun, selepas sebulan mengumumkan perceraian itu, penyanyi berkenaan memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment