25 May 2025

SAH BERGELAR SUAMI - AIR MATA MAS KHAN GUGUR DUA KALI



"Dua kali air mata jantan saya gugur. Pertama apabila melihat isteri berjalan masuk ke dalam dewan. Air mata saya kemudiannya mengalir lagi selepas kami sah bergelar suami isteri.

"Saya rasa ini satu tanggungjawab besar selepas bergelar suami," tutur pelakon Mas Khan, dimana katanya, air matanya gugur disebabkan gembira apabila akhirnya hubungan dia dengan wanita pilihannya iaitu Anatasha Diana berakhir dengan perkahwinan.

Mas Khan atau nama sebenarnya, Mas Hidzhie Khan Mas Fadzillah Khan, 31, dan pasangannya itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada pagi Ahad.

Majlis pernikahan yang berlangsung di Gombak, Selangor dan dihadiri oleh ahli keluarga serta teman rapat menyaksikan pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Abdul Aziz Abd Mutalib.

Klik untuk gambar besar

Dalam majlis tersebut, Mas Khan telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,497, selain RM20,000 sebagai wang hantaran kepada Anatasha, termasuk turut menerima seutas gelas emas.

Difahamkan, pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di lokasi sama pada sebelah petang.

Manakala majlis pihak lelaki akan berlangsung pada 14 Jun nanti di Genting Highland, Pahang.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: