"Doktor nasihatkan untuk rehatkan peti suara sebab sudah terlebih guna, dia banyak buat persembahan 'back to back'.
"Jadi pilihan untuk ditah@n wad adalah yang terbaik sebab selagi berada di rumah banyak g@ngguannya. Kalau orang datang ke rumah takkan tak keluar."
Itulah kata isteri kepada penyanyi Lan Solo iaitu Nur Shiela Hassim, dimana memaklumkan suaminya itu terpaksa ditah@n di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor sejak Jumaat susulan mas@lah peti suara yang dialami.
Jelas Shiela, Lan atau nama sebenarnya, Muhammad Razlan Mohamed Yusof, 40, yang turut berkongsi gambar dia sedang menerima rawatan di pusat perubatan berkenaan, memerlukan penjagaan rapi dan rehat selepas mendapat nasihat doktor pakar.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Shiela berkata, Lan juga sempat menghubungi penyanyi Datuk Awie bagi bertanya pendapat berhubung masalah yang dialami.
"Dia tiba-tiba dem@m selepas persembahan di Sandakan. Mungkin peti suara itu sudah beri petunjuk bahawa dia terlalu banyak menyanyi.
"Lan ada menghubungi Awie meminta pandangan. Kata Awie sudah tiba masa berjumpa dan mendapatkan nasihat pakar," ujarnya.
Dalam pada itu, Shiela juga memberitahu, jadual suaminya itu sibuk sejak awal Januari sehingga kurang masa berehat.
Berhubung itu, ulas isteri Lan lagi, langkah mendapatkan rawatan dan nasihat pakar lebih awal adalah yang terbaik agar peti suara penyanyi itu kembali pulih dalam masa terdekat.
"Dia memang sentiasa menggunakan suara. Kalau bukan persembahan solo, berkumpulan pula. Dia juga terlibat dengan rakaman untuk YouTube.
"Syukur suami tidak mengalami mas@lah kesihatan lain. Cuma perlu rehatkan tekak semaksima mungkin untuk selamatkan suaranya bagi persembahan-persembahan akan datang," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment