Selepas putus cinta baru-baru ini, penyanyi Aisha Retno, 25, mendedahkan, dia kini sedang berkawan dengan seseorang dan dalam proses mengenali hati budi.
Kata Aisha atau nama penuhnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, hubungan mereka masih dalam fasa awal perkenalan lagi dan belum lagi s£rius.
"Saya belum boleh cakap pengganti kerana si dia ibaratnya baru ketuk pintu dan belum masuk dalam ruang tamu lagi. Bila hubungan kami sudah s£rius barulah saya boleh perkenalkan pada semua," tuturnya.
Dalam pada itu, mengulas dirinya yang mudah untuk kembali menjalin cinta, Aisha yang juga komposer berkata, dia terbuka untuk menerima mereka yang boleh menerima diri seadanya.
"Siapa yang cakap 'move on' tu senang? Ia sebenarnya sus@h. Saya pula memang suka bandingkan pasangan (kekasih) dulu dan sekarang.
"Saya dah cakap pada semua yang nak berkenalan, fokus dan cinta saya sekarang pada karier terutama pada bidang muzik.
"Siapa yang tak boleh terima cinta saya pada bidang muzik, anda boleh pergi (keluar dari hidup saya). Nampaknya, si dia pula boleh terima.
"Tapi lelaki selalunya memang macam itulah, pada awalnya (perhubungan) memang manis," ujarnya yang belum bersedia untuk mendedahkan 'si dia' ketika ditanya sama ada jejaka yang dimaksudkan itu rakan dalam industri muzik.
"Siapa yang boleh ketuk pintu hati kita dengan elok (baik), saya okay sahaja dan kita beri masa padanya," katanya yang turut mengakui berkawan baik dengan rakan duetnya, penyanyi Aziz Harun.
Sebelum ini, penyanyi yang popular dengan lagu 'Ketipak Ketipung Raya' itu mengumumkan bahawa hubungannya dengan teman lelaki itu sudah pun berakhir pada Mac lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment