Bekas pengurus penyanyi Zamani iaitu Johan Aziz, 60, yang kini mend£rita peny@kit kans£r usus itu telah menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Altimet, 47, dimana beliau meluangkan masa menyantuninya di kediaman, semalam.
Dalam sesi pertemuan di kediaman Johan selama kira-kira setengah jam itu, Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkata, aktiviti terbabit yang dinamakan Ziarah Kasih diadakan seminggu sekali di kawasannya.
Menurut Altimet, dia mengetahui keadaan Johan yang agak uzur daripada Pengerusi Konsortium Industri Rakaman Malaysia (Irama), Ayob Abd Majid.
"Saya dimaklumkan Ayob berkenaan Johan yang sudah menjalani rawatan kim0terapi sebanyak 75 kali dan dia juga penduduk Lembah Jaya. Sebagai wakil rakyat saya harus jalankan tanggungjawab.
"Saya cuba jalankan aktiviti Ziarah Kasih ini seminggu sekali atas kapasiti profesional. Ini juga adalah salah satu usaha mendekatkan diri dengan dengan komuniti serta mengurangkan jurang antara saya dan rakyat.
"Sekiranya ada di antara mereka yang memerlukan bantuan lanjut, saya akan membantu mendapatkan bantuan daripada zakat dan sebagainya," tuturnya.
Sementara itu, akui Johan, dia sangat tersentuh dan terharu apabila rakan-rakan industri menziarahinya di rumah serta memberikan sokongan yang tidak putus, sekali gus membuatkan semangatnya terus kuat.
"Kadang-kadang ada masanya rasa 'd0wn' jugalah sebab penat kan nak menahan s@kit itu. Tapi nak buat macam mana, terpaksa kuatkan semangatlah. Saya tak nak fikir sangat dan buat tak tahu saja. Kena law@nlah.
"Saya sudah biasa bekerja. Apabila tak bekerja dan sentiasa terbaring, sedih juga. Apabila Slam pergi buat 'show', tak dapat ikut mereka, memang sedih. Namun, mereka kadang-kadang datang rumah juga.
"Mereka datang makan-makan, berbual mengenai projek, itulah yang membak@r semangat saya. Kunjungan Altimet hari ini pun cukup memberi saya kegembiraan," katanya.
Johan yang menaikkan nama kumpulan Slam, mula dis£rang kans£r usus pada tahun 2018 dan diikuti kans£r tulang selepas itu.
Difahamkan, Johan sudah menjalani kem0terapi sebanyak 75 kali dan beberapa pemb£dahan, termasuk membuang usus dan sebahagian hatinya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment