Syarikat milik usahawan dan pelakon terkenal, Nur Fazura baru-baru ini didakwa gag@l menyelesaikan hut@ng sebanyak RM4.65 juta dan berhubung itu, syarikal pembekal tudung, Obor Holding Sdn Bhd mengesahkan bahawa mereka mengalami mas@lah kewangan.
Pengarah urusan Obor Holding iaitu Lim Boon Hai berkata, pihak mereka telah memfailkan tuntutan terhadap Pink Fate dan Fazfit Sdn Bhd bulan lepas namun syarikat milik pelakon itu tiada sebarang balas diberikan.
"Kami sudah failkan k£s ini di mahkamah bulan lalu selepas gag@l mendapat respons yang baik daripada syarikat milik Fazura. Kami tidak menafikan suk@r untuk menuntut hut@ng sejak penghujung 2023.
"Sejak tuntutan difailkan, tiada sebarang bal@san daripada syarikat mereka kami terima sehingga kini. Kali terakhir kami berkomunikasi dengan Fazura dan pengurusan syarikat itu adalah pada penghujung 2024, namun mereka nampaknya memang tiada niat untuk menyelesaikan isu ini," jelasnya.
Ujar Lim lagi, dia turut k£sal apabila syarikat itu hanya memberikan janji kosong serta mereka menerima cek t£ndang pada September 2024.
"Saya tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku sehingga mereka tidak mampu melunaskan hut@ng sehingga kini. Apa yang kami terima hanya janji kosong konon mahu bayar, namun yang kami dapat hanya cek t£ndang.
"Syarikat kami mengalami situasi kewangan yang s£rius gara-gara itu membuatkan kami terpaksa mengambil langkah lain untuk menyelesaikan isu ini.
"Tidak sangka semua ini terjadi, saya tidak kedepan jika dakwaan tidak benar. Tidak sangka orang popular sepertinya buat kami tertunggu-tunggu untuk mendapatkan hak kami.
"Saya harap orang luar di luar sana boleh mengambil pelajaran, jangan menjadi m@ngsa seperti kami," katanya.
Sebelum ini, tiada angin tiada ribut, syarikat pengilang tudung, Feline Malaysia mendakwa syarikat milik Fazura berhut@ng hampir RM4.65 juta.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, Pink Fate telah membayar RM2,680,167.90, namun masih berhut@ng sebanyak RM4.65 juta dan Obor Holding mendakwa pihaknya berdepan kesuk@ran mengutip bayaran sejak Disember 2023.
Selain Pink Fate, tuntutan turut menamakan syarikat Fazfit Sdn Bhd sebagai defendan kedua; abang Fazura, Ahmad Faiz Sharifuddin (defendan ketiga); dan Nur Fazura sebagai defendan keempat.
Obor Holding turut mendakwa hut@ng sebanyak RM4.65 juta tersebut adalah termasuk lima pesanan tambahan yang dilakukan pada Jun dan September 2024 berjumlah RM3.6 juta.
Feline turut diberikan keyakinan bahawa pesanan tambahan ditempah oleh Kementerian Pendidikan untuk inisiatif Koleksi Merdeka.
Hasil semakan, program tersebut telah berlangsung pada Julai 2024 dan ianya adalah satu kolaborasi antara KPM dan Tudung Fazura sebagai sal@h satu program istimewa dalam memeriahkan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-67.
Bukan itu saja, Feline mendakwa diberi keyakinan bahawa pembayaran akan diterima kerana projek tersebut membabitkan kerjasama dengan rakan kongsi yang bereputasi tinggi antaranya Boh Plantations Sdn Bhd (BOH), Hotel Movenpick dan Institut Kans£r Negara (IKN).
Pihak Feline menyatakan Faiz ada menyerahkan cek yang ditandatanganinya bersama Fazura berjumlah RM1 juta pada 3 September 2024, namun gag@l 'mencairkannya' di bank (cek t£ndang).
Difahamkan semua transaksi dilakukan ketika Fazura masih lagi bergelar pengarah sebelum pelakon itu melepaskan jawatan sebagai pengarah Pink Fate pada Januari 2025.
Obor Holding berkata, pihaknya sedang dalam proses memfailkan Penghakiman Ingkar terhadap Pink Fate memandangkan tempoh memberikan maklum bal@s yang diberikan sudah tamat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment