17 May 2025

"TAK MAHU TUNGGU LAGI, KALAU ADA REZEKI, DOAKAN SAYA..." - MIMI LANA AKUI DIA & SYAFIQ KYLE SUDAH SEDIA TIMANG ANAK



"Saya sangat bersedia bergelar ibu. Syafiq lagi lebih bersedia. Setiap hari dia akan bercakap soal nama anak.
"Ada perancangan sebab kami sudah berkahwin. Apa yang boleh, kami akan usahakan. Kalau ada rezeki, adalah."

Itulah jelas pelakon Mimi Lana dimana dia dan suaminya, Syafiq Kyle sedia untuk menimang cahaya mata selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.

Kata Mimi, dia dan Syafiq yang juga pelakon itu sudah merancang untuk menyambut kehadiran ahli keluarga baru serta meminta mendoakan yang baik buat mereka.

"Kalau tunggu selesai penggambaran memang takkan habis. Macam dulu, kalau tunggu habis penggambaran, masih tak kahwin. Sebab itu saya hanya serahkan pada rezeki.

"Jika ia sampai, saya sangat bersyukur. Tak mahu tunggu lagi, kalau ada rezeki, doakan saya," ujarnya yang turut memberitahu, dia dan Syafiq tidak mahu terlalu menunggu masa yang sesuai memandangkan mereka sibuk dengan kerjaya.

Tutur Mimi lagi, mereka sudah bersedia bergelar ibu bapa, malah setiap hari bercakap mengenai nama anak, selain dia juga bersyukur dengan kehidupan bahagia dikecapi selepas berkahwin.

"Gembira, Alhamdulillah. Kehidupan yang lebih baik dan menakjubkan. Syafiq juga seorang suami yang baik. Perubahan itu ada, saya rasa tanggungjawab sudah berubah.

"Dulu kita banyak tanggungjawab pada diri sendiri, sekarang ini selain diri sendiri, ada orang lain yang kita perlu fikir," katanya. . #StarsEverywhere #followers #fbpro #santai #myartis #artismalaysia #myartis #santai #BeritaSemasa

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: