"Saya tak bersetuju dengan tanggapan mengaitkan wanita yang cend£rung memfailkan cerai kerana apa yang berlaku itu mesti ada sebabnya. Tapi, sama ada ia mahu diceritakan (sebab itu) atau tidak saja.
"Sebenarnya, semua wanita mahukan kebahagiaan, lebih-lebih lagi bagi yang sudah memiliki cahaya mata. Tidak sewenang-wenang pun wanita akan minta cerai tanpa sebab."
Demikian ujar penyanyi Zehra Zambri ketika mengulas pandangannya apabila didapati ada pihak mendakwa kebanyakan k£s perceraian yang berlaku di Mahkamah Syariah ketika ini sering dimulakan oleh wanita.
Sebelum ini, Zehra, 38, memfailkan perceraian terhadap suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42, pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi dan perbicaraan k£s itu masih belum selesai.
Untuk makluman, Zehra dan Iqwan, masing-masing yang bertemu jodoh kali kedua selepas gag@l pada perkahwinan pertama, bernikah 10 November 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.
Difahamkan juga, terdahulu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan pernikahan itu terlerai pada April 2018 selepas enam bulan hidup bersama.
Manakala, Iqwan pula difahamkan turut memiliki dua cahaya mata bersama bekas isterinya hasil daripada perkahwinan dulu.
Dalam pada itu, ditanya pula mengenai kontr0versi peribadi yang men1mpanya dimana ia mencal@r reputasi diri, Zehra berkata, memang apa yang berlaku itu ada k£sannya tapi dia tidak begitu ambil peduli.
"Tak kisahlah dengan apa orang nak kata sebab saya profesional dan komited terhadap kerjaya walaupun ketika ini berdepan mas@lah peribadi berhubung k£s (cerai) berkenaan.
"Alhamdulillah, setakat ini kerjaya seni saya tidak terk£san kerana masih lagi menerima banyak tawaran menyanyi selepas menyertai Gegar Vaganza ke-11 (GV11) lalu.
"Saya juga yakin dengan apa saja tawaran kerja diterima kerana bakat yang Allah berikan ini dan bukan kerana kontr0versi, sebab saya lupakan semua hal itu," jelas penyanyi lagu 'Semalakama' itu.
Selain itu, Zehra enggan mengulas berhubung dakwaan dirinya berhadapan dengan sias@tan k£s kegan@san rumah tangga kerana mendapat nasihat daripada peguam.
Berhubung itu, Zehra mengambil pendekatan 'mengunci mulut' daripada mengulas perkara tersebut demi menghormati proses undang-undang, termasuk k£s perceraiannya yang masih berjalan.
"Saya tidak boleh memberikan sebarang kenyataan buat masa sekarang ini. Tapi apa yang boleh dikatakan, saya juga sudah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
"Mohon maaf, saya tak dapat mengulas lanjut mengenainya (dakwaan sias@tan kegan@san rumah tangga) kerana pihak peguam pun sudah menasihatkan untuk saya tidak beri komen apa-apa," katanya.
Disamping itu, ibu kepada seorang anak perempuan ini berkata, dia percaya dengan proses sias@tan dilakukan oleh pihak berkuasa ketika ini, sekali gus menyerahkan urusan terbabit sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan tugas.
"Saya yakin dan meletakkan kepercayaan penuh kepada sias@tan pihak polis yang adil dan profesional. Kita tengoklah macam mana (keputusan itu) nanti.
"Bagaimanapun, buat masa ini, keadaan diri saya berada dalam keadaan baik dan kekal tenang dalam menghadapi dug@an yang berlaku. Alhamdulillah, saya memang okay saja. Tiada sebarang mas@lah berkaitan sias@tan itu," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment