"Isu viral saya dikatakan tidak membayar hut@ng kepada kontraktor, saya tak mahu ulas lanjut tentang sp£kulasi ini dan saya berani untuk menjelaskan tindakan telah pun diambil, peguam di London dan peguam di Malaysia.
"Jadi kalau anda sudah lihat isu viral ini, kita nantikan tindakan peguam saya untuk selanjutnya," ujar usahawan sens@si, Rozita Ibrahim yang tampil menjawab dakwaan tidak membayar kontraktor yang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian kediamannya di London, United Kingdom.
Tidak berdiam diri, Rozita atau lebih mesra disapa Bonda Rozita, 61, berkata, tindakan sudah diambil terhadap kontraktor tersebut, namun enggan memperincikan mas@lah sebenar sehingga timbul kekec0han.
Jelas ibu kepada usahawan sens@si, Aliff Syukri itu lagi, dia sudah mengambil tindakan tersebut menerusi peguamnya di London dan Malaysia.
Klik untuk gambar besar
"Projek mega Rumah Hutan Bonda dan kilang-kilang bahan mentah pr0duk puluhan juta saya tak pernah lari bayaran," katanya yang berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial.
Sebelum ini, seorang individu mendakwa sudah menyiapkan kerja-kerja ubah suai kediaman Bonda Rozita di London termasuk tandas, karpet mewah untuk tujuh bilik dan tangga.
Bagaimanapun, individu tersebut mendakwa masih belum menerima sebarang bayaran daripada usahawan berkenaan.
Dakwa individu itu lagi, dia bukan sahaja tidak dibayar, malah turut dis£kat di media sosial apabila bertanya tentang pembayaran.
Isu ini mula tular di media sosial dan rata-rata netizen meminta agar Bonda Rozita tampil menjelaskan perkara sebenar dan melunaskan bayaran kepada individu berkenaan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment