04 May 2025

J4TUH KETIKA DAKI GUNUNG RINJANI - ABANG IPAR RIEZMAN KHUZAIMI MENINGGAL DUNIA



Takziah diucapkan kepada pelakon Riezman Ruzaini, 55, atas pemergian abang iparnya iaitu Rennie Abdul Ghani yang meninggal dunia selepas dilaporkan terj@tuh di Toren, Gunung Rinjani di Lombok, Indonesia pada Sabtu.

Riezman atau Mohd Rizman Mohd Khuzaimi menerusi ruang komen Facebook Hiking And Recreation around Malaysia (H.A.R.A.M), memaklumkan, pihak keluarga sedang menunggu pihak berkuasa Indonesia mengemas kini laporan sebelum membawa Allahyarham pulang ke tanah air.

"Al-Fatihah, kami sekeluarga sedang menunggu pihak berkuasa di sana untuk update bawa pulang ke Malaysia. Terima kasih atas doa semua buat abang ipar saya," tuturnya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pendaki warga Malaysia terj@tuh di laluan Toren, Gunung Rinjani kira-kira pukul 12 tengah hari Sabtu.

Klik untuk gambar besar

Pihak taman negara memberitahu, pendaki yang dikenali dengan inisial RAG itu dilaporkan terj@tuh di kawasan Banyu Urip.

Allahyarham memulakan pendakian melalui laluan Sembalun pada 1 Mei bersama kumpulan seramai 23 orang.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan oleh puluhan anggota Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Mataram, pasukan perubatan serta unit Pencarian Dan Pertolongan (SAR) Lombok Timur.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: