"Everything in bloom," tulis pelakon Sarah Hilderbrand, 35, menerusi media sosial miliknya, dimana dia mengumumkan kini sedang hamil anak sulung.
Dalam perkongsian itu, Sarah turut memuat naik foto imbasan yang menunjukkan kandungannya memasuki minggu ke-20.
Terlebih dulu, Sarah yang berdar@h campuran Melayu, AS dan Jerman ini memuat naik alat ujian kehamilan yang menunjukkan tanda p0sitif.
Klik untuk gambar besar
"Lama tidak berjumpa. Saya sibuk dengan kehidupan dan mencipta memori. Satu perkara ini tidak mungkin saya lepaskan untuk kongsi," kata yang sebelum ini mengumumkan bersara sebagai pelakon pada 2022 dan berhijrah ke AS.
Lakonan terakhir Sarah adalah menerusi drama 'Seindah Tujuh Warna Pelangi' yang ditayangkan pada 2020 di TV3.
Pada Ogos tahun lalu, Sarah memuat naik beberapa gambar memberi bayangan dia kembali berumah tangga dengan seorang jejaka kulit putih.
Namun, Sara yang menyertai Unit Tentera Udara AS itu tidak memperincikan butiran peribadi suaminya ini.
Pada November 2019, Sarah pernah berkahwin dengan jejaka kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillien, tetapi bercerai tidak lama kemudian.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment