03 May 2025

UTAMAKAN PRIVASI - SABRONZO DOLLA TAK MENAFIKAN ATAU MENGIYAKAN DAKWAAN MENJALIN HUBUNGAN DENGAN SESEORANG



"Saya tidak akan mengiyakan atau menafikan apa-apa. Secara peribadi, saya memang lebih selesa untuk bersikap tertutup dalam hal-hal seperti ini (peribadi).
"Bukan bermaksud saya mahu menyembunyikan sesuatu, tetapi bagi saya, perkara yang saya hargai seperti keluarga, kawan-kawan, ataupun jika saya ada pasangan, itu semua adalah sesuatu yang saya mahu lindungi.

"Jadi, bukan semua benda saya rasa perlu ditunjukkan kepada umum. Ada perkara yang lebih baik disimpan untuk diri sendiri, sebagai satu bentuk perlindungan dan penghormatan terhadap apa yang saya sayang."

Itulah kata penyanyi yang juga anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo dimana dia tidak menafikan atau mengiyakan mengenai dakwaan bahawa dirinya kini sedang menjalin hubungan dengan seseorang.

Lebih selesa untuk menjaga privasi berkaitan perkara peribadinya, Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli, berkata, dakwaan mengenai hubungan rapat antara dia dengan seorang DJ antarabangsa, adalah perkara biasa.

"Saya memang jenis yang suka berinteraksi. Kadang-kadang saya komen, dia balas, kemudian saya balas semula. Bagi saya itu perkara biasa, lebih-lebih lagi bila kita memang kenal antara satu sama lain.

"Saya berkawan dengan ramai orang, dan ramai juga yang mesra, jadi saya pun akan mesra balik. Tak semestinya semua interaksi itu ada makna yang mendalam," ujarnya.

Dalam pada itu, Sabronzo turut mengulas mengenai cincin yang tersemat di jarinya pula, dimana jelasnya, setiap cincin yang dipakainya memiliki makna istimewa.

"Ya, setiap cincin yang saya pakai memang ada maksud yang istimewa. Bukan sekadar aksesori semata-mata.

"Misalnya, cincin ini hadiah yang sangat bermakna daripada seseorang yang juga istimewa, diberikan sebelum hari jadi saya. Jadi memang ada nilai sentimental yang kuat," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: