10 June 2025

ADINDA AMIRO KEMBALI KE RAHMATULLAH : "HARI INI ULANG TAHUN KELAHIRAN ARWAH KE-66, HARI INI JUGA BELIAU DIKEBUMIKAN" - ISTERI



Komposer terkenal, Adinda Amiro atau nama sebenarnya Saidin Omar, 66, dilaporkan telah meninggal dunia malam tadi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
Berita duk@ itu dimaklumkan oleh kenalannya, Budiman Mohd Zohdi menerusi media sosial.

"Al Fatihah. Saidin Omar pulang ke Kampung Abadi," antara kata kata Budiman yang turut memberitahu, dia bersama Allahyarham dan rakan-rakan lain singgah di Kebun Puisi menikmati sup tulang lembu, minggu lalu.

Mereka juga sempat bekerjasama dalam projek terakhir lagu berjudul 'K0rbankanlah' sempena Aidiladha.

Sementara itu, isteri kepada Allahyarham iaitu Nurhaifaa Yuhannis Hasmadi, berkongsi detik sebelum pemergian Adinda dimana arwah terkul@i atas pangkuannya sebelum dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, malam tadi.

Kongsinya lagi, arwah Adinda tidak sedarkan diri pada jam 9.02 malam, namun pihak hospital mengesahkan kem@tiannya jam 10.25 malam, akib@t kegag@lan fungsi jantung.

"Ketika itu, saya sudah masak dan sedang sibuk hidangkan makanan. Saya terdengar suara arwah memanggil saya dari bilik di atas.

"Bila sampai, saya tengok arwah seperti nak terj@tuh dan tangannya sedang pegang kerusi. Tapi, saya tak sempat nak sambut sebab dagu arwah sudah terkena kerusi.

"Saya letak arwah atas riba, kemudiannya saya lihat arwah tarik nafas sekali dan mengucap. Bila lihat dada arwah sudah tak bergerak, saya terus hubungi talian kec£masan 999," jelasnya.

Dalam pada itu, Nurhaifaa Yuhannis memberitahu, keadaan suaminya kelihatan baik, malah tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sedang s@kit, minggu ini.

"Arwah memang ada kegag@lan fungsi jantung, tapi dalam minggu ini, keadaannya normal, malah kadar denyutan jantung juga baik," tuturnya.

Selain itu, Nurhaifaa Yuhannis turut memaklumkan, hari ini adalah ulang tahun kelahiran Allahyarham Adinda ke-66.

"Hari ini ulang tahun kelahiran arwah ke-66, hari ini juga beliau akan dikebumikan," ujarnya dalam sebak ketika berkongsi mengenai pemergian suami.

Jelas Nurhaifaa Yuhannis lagi, selain mas@lah jantung, arwah juga pes@kit kans£r usus, namun, sudah pulih sepenuhnya.

"Kegag@lan fungsi jantung masih baru, tak sampai setahun. Kalau sebelum ini, arwah adalah pes@kit kans£r usus tahap dua. Tapi, sudah pulih sepenuhnya dan doktor beritahu s£l kans£r sudah tidak aktif," katanya.

Jenazah Allahyarham Adinda dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Taman Sri Gombak.

Untuk info, sepanjang hayat, Allahyarham banyak menghasilkan lagu untuk penyanyi popular tanah air dan kebanyakannya menjadi malar segar.

Antara lagu dihasilkan termasuklah 'Bukan Aku Tak Cinta' dan 'Aduhai! Seribu Kali Sayang' nyanyian Iklim, 'Aku Tak Marah' (Arrow), 'Permaidani' (Aris Ariwatan), 'Cinta Tak Perlu Dipaksa' (Budak Kaca Mata), 'Cinta Itu Ketawa' dan 'Air Mata' (Lestari) dan banyak lagi.

Disamping itu, Presiden Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama), Ayob Abdul Majid merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Ayob menyifatkan Allahyarham seorang tokoh seni yang amat berbakat serta banyak menyumbang kepada industri muzik tanah air sebagai penulis lirik, komposer dan seniman puisi.

"Karya-karya Allahyarham merentasi masa dan menyentuh jutaan hati rakyat Malaysia. Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar bagi dunia muzik dan budaya Malaysia.

"Namun, legasi seni dan suara hatinya akan terus hidup dalam lagu-lagu yang ditinggalkan. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan para solihin, dan diberikan ganjaran atas segala sumbangan seninya yang menghidupkan jiwa-jiwa insan," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: