"Isteri alami kek£jangan lagi, s£rangan kali ini berlaku dua kali sehingga anak mata kanan menjadi juling. Pada mulanya, saya sangkakan isteri terkena str0k haba berikutan keadaan cuaca panas sejak akhir ini.
"Saya perasan dari kepala hingga kaki panas, jadi saya bukakan penghawa dingin. Waktu itu, sal@h satu panel penghawa dingin terj@tuh dan mungkin terk£jut menyebabkan badannya seperti kek£jangan.
"Apabila saya urut dan lapkan badan dengan air, keadaannya pulih dan matanya kembali seperti biasa.
"Sejam kemudian isteri sekali lagi kekejangan, namun kembali stabil selepas diurut, cuma bola mata sebelah kanan masih juling.
"Saya segera bawa ke klinik kesihatan, namun dirujuk ke hospital," kata suami kepada penyanyi veteran yang popular pada 1980-an, Zaleha Hamid, 68, iaitu Ungku Sulaiman Ungku Aziz, dimana dia berkongsi mengenai keadaan isterinya itu.
Difahamkan, keadaan kesihatan Zaleha yang dis£rang angin ahmar sehingga k0ma pada 2019, kembali terj£jas berikutan kandungan kalsium berlebihan dalam 0tak sehingga mengalami kek£jangan, baru-baru ini.
Kata suami Zaleha, isterinya itu baru sahaja dibenarkan keluar minggu lalu selepas dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) selama enam hari.
Jelasnya lagi, keadaan isterinya kini kembali seperti s£rangan angin ahmar pertama pada 2019.
Sebelum ini, Ungku Sulaiman pernah memberitahu, tanpa menggunakan tiub, isterinya itu sudah mampu berkomunikasi dengan jelas, boleh makan, minum dan membuang air kecil.
Kongsi suami Zaleha, hasil pemeriksaan doktor, mendapati terdapat lebihan kalsium dalam 0tak isterinya dan diberikan ubat, selain perlu menjalani rawatan susulan pada 10 Jun ini kerana doktor ingin memeriksa tir0idnya.
"Ikut kata doktor, isteri perlu datang semula ke hospital minggu depan untuk mereka jalankan X-ray pada tir0id bagi melihat sama ada perlu dibuang atau cukup hanya makan ubat.
"Sejak keluar hospital, isteri sudah tidak boleh bercakap seperti biasa. Sebelum ini, percakapannya jelas, tapi kembali tak jelas selepas mengalami kek£jangan.
"Lagi pun, bahagian dadanya banyak l£ndir, jadi saya terpaksa sedut menggunakan 'vacum'. Secara kebetulan, alatan ini memang ada di rumah digunakan ketika mula-mula terkena angin ahmar untuk sedut munt@h," jelasnya.
Dalam pada itu, tambahnya lagi, keadaan Zaleha agak lemah sejak terk£na s£rangan, namun masih mampu makan dalam kuantiti yang sedikit.
"Sebelum ini, bukanlah isteri boleh urus diri, tapi bolehlah duduk dengan bantuan. Tangannya pun sudah tak k£bas dan boleh gerakkan kaki seperti mengayuh.
"Tapi, sekarang agak lemah, percakapannya pun sudah tak jelas. Kalau tak, kami rajin bersembang mengenai lagu. Saya tanya dia rindu tak nak menyanyi, tapi isteri kata malu sebab faktor usia.
"Makan tak banyak, enam atau tujuh sudu nasi pun tak habis. Bagaimanapun, isteri masih lagi boleh makan lauk-pauk, cuma tak boleh p£das.
"Jadi, apa sahaja menu yang saya masak semuanya tak p£das termasuklah masak lemak cili api saya hanya menggunakan lima biji cili sahaja," tuturnya.
Disamping itu, Ungku Sulaiman berkata, faktor kesihatan isterinya yang memerlukan pengawasan 24 jam ini membuatkannya tidak boleh bekerja untuk menyara kehidupan.
Bagaimanapun, ujarnya, dia bergantung kepada wang zakat, baitulmal dan bantuan Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) yang diterima sejak dua tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment