"Memang hari-hari saya akan pergi melawat dia, kadang-kadang sampai pukul 7 malam saya tunggu dan lihat keadaan suami.
"Selain daripada suami, dia juga seorang sahabat. Kami buat macam-macam perkara bersama, bila dia ditidurkan seperti ini tentunya saya rasa sunyi.
"Tapi harapan saya biarlah sesiapa yang mengenalinya doakan agar dia sembuh secepat mungkin daripada segala peny@kit."
Demikian jelas isteri kepada penyanyi Sheqal iaitu Normah Mohd Yusof, 58, dimana dia menjadi peneman setia sejak suaminya itu dimasukkan Hospital Tunku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan pada 5 Jun lalu akib@t jangk1tan kum@n bahagian paru-paru.
Menurutnya lagi, setiap hari dia akan ke hospital bagi memantau keadaan Sheqal, meskipun suaminya itu tidak sedarkan diri, selain turut akui ada rasa sunyi dalam dirinya membuatkan dia sentiasa mahu berada di sisi suami.
Klik untuk gambar besar
Jelasnya, doktor yang merawat juga sedang berusaha untuk membangunkan Sheqal daripada rawatan tersebut, namun masih belum menunjukkan sebarang perkembangan lagi.
"Setakat semalam (Jumaat) dia masih lagi ditidurkan dan doktor masih memantau untuk beri rawatan selanjutnya. Bacaan kencing manis dan darah tinggi sudah stabil. Pernafasan juga sudah 90 peratus ke atas walaupun dia masih lagi diberi bantuan.
"Ketika ini usaha-usaha untuk membangunkan sudah ada tapi doktor masih menunggu kerana mungkin terdapat kesan dari ubat tidur yang diberikan. Apa yang boleh saya katakan setakat ini kami masih menunggu untuk dia sedar," ujarnya.
Pada 7 Jun lalu, media melaporkan Sheqal atau nama sebenarnya, Shahrin Salehuddin, 59, ditidurkan di hospital selepas tahap oks1gen penyanyi itu menurun sehingga 62 peratus.
Penyanyi lagu 'Cinta Nusantara' ini turut menghidap peny@kit buah pinggang tahap empat dan kini menggunakan kerusi roda.
Sheqal ketika ditemu bual bersama media, memberitahu, dia tidak lagi mampu bekerja dan tidak menerima tawaran menyanyi seperti dahulu.
Sebelum ini, Sheqal pernah berdepan dengan mas@lah kesihatan termasuk dis£rang angin ahmar sebanyak empat kali sejak 2020.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment