"Sejujurnya selepas enam tahun, saya memang dah buat keputusan untuk tinggalkan karier sebagai pramugara. Saya memang nak terus kejar impian untuk kecapi lebih banyak kejayaan dalam bidang muzik. Bukan tak bersyukur tapi saya nak buat kerja yang saya suka."
Itulah kata juara Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ariel Fesol, dimana dia n£kad untuk berhenti daripada karier sebagai pramugara yang enam tahun berkhidmat, demi mengejar cita-cita menjadi penyanyi profesional sepenuh masa.
"Alhamdulillah keluarga tak halang apa-apa keputusan yang saya lakukan termasuk nak berhenti jadi pramugara. Mereka cuma mahukan yang terbaik sahaja buat saya," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Ariel bagaimanapun menjelaskan, dia ada memasang hasrat untuk ke Makkah bila tiba masa yang sesuai.
"Tak terfikir lagi nak buat apa dengan duit kemenangan sebangak RM30,000 itu. Cumanya saya ada tanam impian untuk ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah," tuturnya.
Pada malam Ahad lalu, Ariel diumumkan sebagai juara BSA selepas men£waskan enam finalis lain.
Ketujuh-tujuh finalis dipilih menjadi 'boy group' baharu yang diberi nama Alpha, dimana kumpulan itu turut melancarkan single baharu mereka berjudul 'Mona Lisa' pada penghujung acara.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment