07 June 2025

KHATAM 30 JUZUK AL-QURAN DALAM TEMPOH 11 BULAN - ANAK BONGSU SYAH INTEAM KINI BERGELAR HAFIZ



Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada penyanyi nasyid, Syah Inteam apabila anak bongsu iaitu Muhammad Mustafa kini bergelar Hafiz selepas berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh 11 bulan.
Men er us I perkongsian Akademi Akmal, memaparkan Syah bersama isterinya saling berpelukan, manakala anak lelaki penyanyi itu menitiskan air mata kerana berjaya menamatkan hafalan.

"Daripada suara nasyid yang membesarkan jiwa, kini lahir pula seorang huffaz daripada dar@h dan doa Syah Inteam sendiri. Masya-ALLAH, tabarakallah," tulis hantaran berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Mustafa serta ramai yang memuji Syah serta isteri kerana mendedahkan Al-Quran kepada anak mereka pada usia muda sehingga bergelar hafiz 30 juzuk.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: