12 June 2025

SUKARNI JAAFAR MOHON HENTI KEC4M RAJA EMA : "SEBAGAI IBU SAUDARA, SAYA MENYAKSIKAN APA YANG DILALUI"



"Saya harap orang ramai berhenti mengec@m Raja Ema. Mereka tidak tahu apa yang dilalui Raja Ema. Buat pengetahuan, Raja Ema tak pernah menghalang anak-anaknya berjumpa Sheqal.
"Sebagai ibu saudara, saya menyaksikan apa yang dilalui. Tapi, tak perlulah saya ceritakan apa yang berlaku demi menjaga nama baik kedua-dua pihak."

Demikian jelas pelakon veteran, Sukarni Jaafar dimana beliau mohon hentikan kec@man ke atas anak saudaranya yang juga pelakon era 1980-an, Raja Ema berikutan isu membabitkan dua anaknya bersama bekas suami, Sheqal.

Kata Sukarni, Raja Ema cukup terk£san dengan kec@man dilemp@rkan netizen terhadap dirinya kerana orang luar tidak mengetahui apa yang dilalui pelakon itu bersama dua anak lelakinya, Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah.

Malah, tambahnya lagi, Raja Ema turut menangis apabila dikatakan menghalang anak-anak daripada berjumpa Sheqal, padahal dia tidak pernah menghalang anak-anaknya itu serta menafikan anak saudaranya sebagai ibu jahat.

"Tak mengapalah, saya tak mahu panjangkan cerita. Seperti kata Raja Ema, sebelum keluarkan apa-apa kenyataan biarlah beradab," tuturnya.

Terdahulu, isteri Sheqal iaitu Normah Mohd Yusoff, 58, mengharapkan kedua-dua anak suaminya bersama Raja Ema supaya melawat bapa mereka semasa hayatnya masih ada.

Menurut Normah, dia tidak pernah melihat mereka bertemu antara satu sama lain di mana-mana lokasi sejak berkahwin dengan penyanyi terbabit 25 tahun lalu.

Berhubung itu, Normah amat berharap kerana katanya, mungkin ini kali terakhir Sheqal berjumpa anak-anak memandangkan keadaan suaminya yang dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban sejak Khamis lalu dan ditidurkan itu masih tiada perubahan.

Sementara itu, Raja Ema menerusi media sosial ada memuat naik status dimana ia telah menimbulkan persoalan ramai apabila hantaran terbabit dipercayai dibuat sebagai mengulas kenyataan isteri bekas suaminya itu.

"Kekma ni walau dah usia macam ni masih ada family lagi... Masih ada Bonda Hajjah Sukarni... Walau apa-apa tak boleh suka-suka... Biar beradab, lebih lagi hal family.. Jangan lupa adab...," tulisnya.

Untuk makluman, Raja Ema dan Sheqal berkahwin pada 1993 dan dikurniakan dua anak iaitu Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah, sebelum bercerai pada 1999 kerana tidak lagi sehaluan dan memiliki persefahaman.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: