"Dulu saya memang nak kahwin lagi lepas cerai. Tetapi sekarang saya sudah tidak mahu terlibat satu hubungan."
Itulah jelas pelakon Idzham Ismail yang memberitahu, mencari pasangan baharu bukan lagi fokus buatnya selepas rumah tangganya berakhir dengan perceraian pada November tahun lalu.
Idzham atau nama penuhnya, Muhammad Idzham Ismail, 37, mengakui pernah terbuka untuk kembali berumah tangga, namun bagi Idzham atau Muhammad Idzham Ismail, 37, hasrat terserbut bagaikan sudah pudar.
Bukan hanya soal berumah tangga, malah pelakon ini juga seakan tidak mahu melibatkan diri dalam hubungan cinta.
Klik untuk gambar besar
Selain itu, Idzham turut memberitahu, hidup lebih bahagia biarpun tanpa kehadiran seorang wanita menjadi teman istimewa : "Lagi seronok hidup dengan anak-anak," ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen pula, ada yang berkongsi nasihat supaya dia memberi tempoh sebelum mengenali rapat seseorang.
Namun begitu, Idzham menganggap, pertemuan dengan beberapa orang sebelum ini sebagai membuang masa.
"Banyak kali jumpa dan kenal orang yang membazir masa saya," luahnya yang sah bercerai dengan Siti Nur Abilah Shamsudin pada 4 November tahun lalu selepas mereka mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016.
Hasil perkahwinan itu, Idzham dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 8, serta Muhammad Idrus, 5 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment