"Alhamdulillah sehingga kini saya masih menerima tawaran berlakon, malah sewaktu menjalani rawatan kem0terapi pun saya tetap berlakon juga.
"Saya rasa kalau hanya duduk di rumah membuatkan saya lebih d0wn (tidak bersemangat) dan rasa seperti terlalu s@kit.
"Buat masa ini, kalau ikutkan saya tak pernah melayan rasa s@kit. Saya cuba law@n peny@kit ini. Saya masih lagi aktif berlakon dan menyertai aktiviti-aktiviti badan kebajikan."
Demikian kata pelakon Nor Azifah dimana kans£r payud@ra yang dihadapinya sejak dua tahun lalu tidak menjadi penghalang untuk dia terus kekal aktif dalam bidang lakonan.
Jelas Azifah atau nama sebenarnya, Nor Azifah Abidin, 61, dia tidak boleh hanya duduk diam di rumah kerana akan membuatkan dia tidak bersemangat untuk melaw@n peny@kit tersebut.
Klik untuk gambar besar
"Kalau ikutkan rawatan herc£ptin ini memang agak mahal, sekali sunt1kan mencecah RM1,500. Saya gunakan wang simpanan setiap kali perlu menjalani rawatan itu.
"Walaupun rawatan dilakukan di hospital kerajaan tetapi bukan semuanya dibiayai secara penuh. Jadi saya perlu melunaskan sendiri bayaran tersebut.
"Rawatan ini dilakukan setiap tiga minggu sekali. Sebenarnya agak memb£bankan saya juga tetapi saya akan buat apa yang termampu.
"Saya juga ada menerima bantuan seperti Baitulmal," ujar pelakon drama 'Syurga Noah' ini yang turut memberitahu, dia bakal menjalani sekali lagi pemeriksaan mamm0gram bagi melihat perkembangan tentang s£l kans£r yang dihidapi.
Disamping itu, ujar Azifah, dia bersyukur kerana menerima sokongan daripada keluarga dan teman rapat yang tidak henti-henti memberikan semangat untuknya berjuang melaw@n peny@kit tersebut.
"Ogos nanti saya akan lakukan pros£dur mamm0gram semula untuk mengetahui tahap kesihatan sebenar. Insya-Allah mudah-mudahan keputusannya baik-baik sahaja.
"Alhamdulillah selain keluarga, kawan-kawan pun banyak memberikan sokongan. Bila lihat saya bersemangat, mereka pun tidak melayan saya seperti orang sedang s@kit," tuturnya.
Pada Julai 2023, Azifah disahkan menghidap kans£r payud@ra tahap tiga dan memberitahu dia memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM35,000 untuk kos rawatan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment