19 June 2025

TIADA PERSEFAHAMAN PUNCA FAIL CERAI SELEPAS 4 BULAN KAHWIN - ISTERI FIKRY IBRAHIM MASIH BUKA PINTU DAMAI



Nama pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim kini hangat diperkatakan selepas rumah tangga didakwa dilanda badai apabila isterinya, Siti Khalizah Alihan memfailkan permohonan cerai.

Difahamkan, permohonan itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar Mei lalu.

Perbicaraan pertama mereka sepatutnya berlangsung pada Khamis menerusi jadual k£s yang dipaparkan di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Lebih menguatkan lagi sp£kulasi itu, Khalizah, 37, dilihat hadir ke mahkamah sekitar pukul 9.40 pagi dengan memakai pakaian serba hitam dan pelitup muka sambil diiringi peguam syarie yang dilantikannya.

Klik untuk gambar besar

Namun begitu, kelibat Fikry atau nama penuhnya, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, sehingga kini tidak kelihatan di mahkamah.

Ketika ditemui media, isteri Fikry hanya tunduk dan kelihatan sayu, malah berdiam diri selepas tamat perbicaraan k£s cerai yang difailkannya.

Selepas sejam melalui proses perbicaraan di hadapan hakim syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin, Khalizah telah didampingi media bagi mendapatkan kenyataannya, namun ia gag@l kerana isteri Fikry itu hanya berlalu pergi.
Bagaimanapun, Khalizah sempat memohon maaf kepada wakil media yang hadir kerana belum bersedia untuk memberikan komen berhubung k£s berkenaan.

"Saya minta maaf. Saya tidak boleh nak beri apa-apa komen sekarang," tuturnya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Khalizah iaitu Wan Muhammad Afiq Mohd Razib menjelaskan, permohonan cerai itu dibuat selepas mereka tidak lagi mempunyai persefahaman.

"Saya hanya boleh maklumkan punca perceraian adalah tiada persefahaman. Pihak defendan sudah terima surat permohonan cerai daripada pihak kami," ujarnya.
Dalam pada itu, Afiq berkata, Khalizah juga memaklumkan, dia masih memberikan ruang kepada Fikry untuk berdamai.

"Khalizah memfailkan cerai sekitar bulan lalu. Buat masa ini, Khalizah masih beri ruang perdamaian," katanya.

Disamping itu, usaha media untuk mendapatkan sebarang kenyataan daripada Fikry nampaknya tidak berjaya apabila dia tidak menjawab sebarang panggilan yang dibuat.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan kedua k£s Fikry dan isterinya itu pada 10 September depan.
Untuk makluman, Fikry dan Khalizah berkahwin pada 12 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.

Pasangan ini mengambil pendekatan menjaga privasi sejak awal perhubungan dan perkahwinan mereka hanya diketahui umum selepas Fikry memuat naik gambar pernikahan mereka.

Bagaimanapun, timbul dakwaan kononnya Fikry terpaksa berkahwin dengan Khalizah susulan raut wajahnya dilihat seperti tidak rela, namun ia telah dinafikan pelakon itu.

Jelas Fikry, raut wajahnya itu mungkin disebabkan sedang berfikir tentang tanggungjawab yang semakin berat akan dipikul, selain juga dia perlu menjaga ibunya yang semakin uzur di kampung walaupun sudah bergelar suami.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: