"Kami sudah berkawan selama beberapa bulan dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Dia seorang yang baik dan penyayang serta tahu sebahagian suka duk@ hidup saya.
"Sebagai orang dewasa, kita menjalin hubungan yang matang berbeza ketika zaman muda dahulu. Si dia juga mempunyai pekerjaan tetap dan ada 'bisnes' sendiri.
"Setakat ini, hubungan kami berjalan lancar dan direstui keluarga kedua belah pihak termasuk semua anak-anak saya. Shila juga sudah bertemu dengannya dan beritahu dia turut gembira bila dapat tahu saya sudah temui kebahagiaan dalam hidup sekarang," ujarnya.
Itulah jelas ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman, dimana dia memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan lelaki berstatus duda selepas dua tahun bercerai.
Kata Fauziah, selepas berdepan episod duk@ sebelum ini, dia terbuka hati untuk berkahwin lagi selepas bertemu dengan duda berkenaan yang disifatkan seorang yang baik dan penyayang.
Fauziah bagaimanapun berkata, dia masih belum bersedia untuk berkongsi secara terperinci mengenai identiti jejaka tersebut serta tarikh pernikahan namun merancang untuk berkahwin pada tahun ini.
"Insya-Allah, soal jodoh adalah urusan Allah SWT. Jika semuanya berjalan lancar, kami rancang untuk berkahwin pada tahun ini.
Klik untuk gambar besar
"Saya harap isu itu dapat diselesaikan secara baik kerana ia ibarat bapa dengan anak. Saya juga ada beritahu Shila, kalau boleh selesaikan isu itu secara baik dan di luar sahaja tanpa babitkan undang-undang sebab dia (penyanyi legenda) itu orang tua dan kita pun tidak tahu 'mood' dan situasi dihadapinya ketika kejadian itu.
"Isu itu juga membabitkan dua nama besar dan mereka juga sudah bertahun-tahun membina nama dalam industri hiburan. Apapun, sebagai ibu saya tetap menyokong apa sahaja keputusan yang akan dibuat Shila nanti," ujarnya ketika diminta mengulas isu membabitkan Shila yang mendakwa dis£rang seorang penyanyi legenda ketika sesi latihan konsert, baru-baru ini.
Dapat tahu isu anaknya yang mendakwa dis£rang penyanyi terbabit menerusi berita yang dilaporkan pihak media, Fauziah memberitahu, sepanjang pengetahuannya, Shila tidak ada sebarang mas@lah dengan mana-mana artis termasuk penyanyi terkenal itu.
"Setahu saya, Shila mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang dalam industri seni," katanya yang dikurniakan empat orang anak hasil perkahwinan terdahulu bersama pelakon dan penyanyi popular era 1980-an, Datuk ND Lala.
Terdahulu, satu laporan polis dibuat Shila atas dakwaan dis£rang penyanyi legenda itu ketika mereka sama-sama terbabit dalam sebuah acara di Stadium Merdeka.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Shila menerusi satu hantaran di media sosial, yang menc£tuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan warga industri hiburan. Shila turut membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment