23 July 2025

"LELAKI BERKAHWIN ATAU SUDAH BERCERAI KENA BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP ANAK-ANAK..." - RAJA AZURA BERI 'HINT' KEPADA BEKAS SUAMI



"Walaupun niatnya mungkin sekadar ingin bantu suami, tetapi ia boleh dilihat umpama memberi ruang kepada lelaki untuk ambil kesempatan terhadap isteri meskipun tidak semua lelaki begitu.
"Daripada pengalaman saya sendiri, sudah 17 tahun saya 'provide' diri sendiri dan anak-anak. Jadi, kepada lelaki di luar sana yang berkahwin atau sudah bercerai dengan pasangan, sila jalankan tanggungjawab.

"Jadi, apa yang saya katakan itu berdasarkan hukvm agama juga. Ia adalah fakta yang mana lelaki berkahwin atau sudah bercerai kena bertanggungjawab terhadap anak-anak dalam pelbagai aspek.

"Sama ada nafkah anak, kasih sayang, perhatian dan sebagainya, lelaki tidak boleh lepas tangan begitu sahaja. Anak-anak itu adalah amanah Allah untuk kita sebagai ibu bapa."

Demikian kata pelakon dan pengacara, Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku, 52, dimana dia menyifatkan luahannya dalam segmen Morning Morning Suria di Suria FM pagi ini lebih kepada berkongsi pengalaman sendiri.

Sebelum ini, Raja Azura sebagai penyampai radio undangan bersama Ajak Shiro dan Kai Hassan tampil membincangkan topik, 'Masih Relevan Ke Lelaki Sahaja Jadi Provider Zaman Sekarang?' bersama pendengar stesen radio itu.

Berhubung itu, Raja Azura atau nama penuhnya, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin memberitahu, dia mendapati sekarang ini memang ramai wanita berkahwin yang 'provide' untuk anak-anak dan keluarga.

Disamping itu, Raja Azura juga tidak menafikan luahan itu ada kaitan juga dengan 'pesanan' terhadap bekas suaminya kerana sudah tiba masa untuknya bersuara kepada pihak terbabit.

"Daripada topik dibincang itu, saya juga sebenarnya memberi 'hint' kepada bekas suami agar dia keluarkan diri untuk laksanakan tanggungjawab yang tidak dijalankannya selama ini kepada anak-anak.

"Sudah tiba masanya untuk dia muncul jalankan tanggungjawab itu (sebagai bapa). Saya juga tiada dendam dengan dia, saya sudah maafkan dia dan halalkan semuanya kerana anak-anak pun sudah besar.

"Dua orang anak sekarang ambil ijazah di universiti dan seorang lagi tengah diploma di universiti juga, yang saya besarkan mereka sendiri sampai sekarang menggunakan wang hasil titik peluh saya bekerja.

"Selama bercerai, memang bekas suami tidak tengok anak langsung. Tapi, sekarang saya harap dia dapat laksanakan tanggungjawab sebagai bapa. Ini hukum agama dan lakukanlah untuk anak-anak," ujarnya.

Menurutnya lagi, dia dan anak-anak masih tinggal di kediaman sama yang diketahui bekas suami dan boleh datang untuk berjumpa anak pada bila-bila masa.

"Kalaulah dia (bekas suami) ada rasa benci nak berhubung terus dengan saya untuk berjumpa anak, boleh hubungi sepupu saya yang juga pengurus saya. Dia pun kenal dengan sepupu saya itu.

"Selama 17 tahun ini saya berdiam diri dan tidak membicarakannya kerana takut perasaan anak-anak terganggu. Tetapi, saya pun dah berbincang dengan anak-anak dan mereka izinkan untuk saya kongsi," tuturnya.

Untuk makluman, Kak Engku pernah berkahwin dengan Adzmin Osman yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah iaitu Tan Sri Osman Aroff pada Mac 2001, namun mereka sah bercerai pada 28 September 2010.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, 23, Megat Luqman Hakim, 22, dan Puteri Mia Maizura, 20.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: