Pelakon dan pengacara, Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku, 52, sebelum ini ada membuatkan luahan kepada bekas suami agar keluarkan diri untuk laksana tanggungjawab kepada anak-anak.
Berhubung luahannya itu, Raja Azura menafikan dia mahu mencari sens@si, sebaliknya dia sekadar ingin mengingatkan golongan lelaki yang berkahwin atau sudah bercerai supaya tidak ambil mudah urusan membabitkan anak-anak.
"Luahan saya bukan untuk cari sens@si. Malah, saya juga bukanlah orang yang suka buat hantaran peribadi di media sosial. Cuma, apa yang saya luahkan itu kerana berasa sudah sampai masanya untuk bersuara.
"Malah, sebagai ibu yang mempunyai dua anak lelaki juga saya harap apa yang dikongsikan itu dapat menjadi ilmu serta peringatan kepada anak-anak saya sekiranya mereka berkahwin dan mempunyai keluarga nanti.
"Saya mahu anak-anak lelaki saya menjaga isteri mereka dengan baik dan bertanggungjawab kerana sudah ambil anak orang (jadi isteri) mestilah kena layan dengan elok-elok dan menghargai pasangan.
"Begitu juga, saya pun ada seorang anak perempuan dan tidak mahulah nanti anak saya itu dilayan kurang baik oleh pasangannya. Jadi, apa yang dikongsikan memang sekadar peringatan buat kita semua," jelasnya.
Baru-baru ini, Raja Azura atau nama penuhnya, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, yang menjadi penyampai radio undangan dalam segmen Morning Morning Suria di Suria FM bersama Ajak Shiro dan Kai Hassan, tampil membincangkan topik, 'Masih Relevan Ke Lelaki Sahaja Jadi Provider Zaman Sekarang?'
Dalam sesi itu, Raja Azura yang sudah bergelar ibu tunggal selama 17 tahun itu berkongsi pengalaman peribadinya, selain memaklumkan dia juga mendapati sekarang ini memang ramai wanita berkahwin yang 'provide' untuk diri sendiri, anak-anak dan keluarga.
Menurutnya, selama berbelas tahun dia berdiam diri dan tidak membicarakan mengenai tanggungjawab yang tidak dilaksanakan oleh bekas suami kerana perlu menjaga perasaan anak-anaknya dan tidak mahu mereka terg@nggu.
Untuk makluman, Raja Azura pernah mendirikan rumah tangga anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff iaitu Adzmin Osman pada Mac 2001, sebelum mereka sah bercerai pada 28 September 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak, Megat Muhammad Raziq, 23, Megat Luqman Hakim, 22, dan Puteri Mia Maizura, 20.
Sementara itu, ditanya pula mengenai pembabitannya bersama Suria FM sebagai penyampai radio undangan, Raja Azura berkata, kemunculannya di konti stesen berkenaan hanya pada minggu ini sahaja.
"Boleh dikatakan macam mengubat rindu saya untuk 'on air' di radio. Sebenarnya sudah 15 tahun saya tidak ke udara di konti dan rasa rindu itu ada. Jadi, bila Suria FM undang dan saya pun ada masa, bolehlah buat.
"Lagi pula, sudah lama juga saya tak pergi kerja pagi-pagi. Biasanya, bangun pagi pun untuk solat Subuh. Tapi, seronok jugalah bila dapat buat perkara ini semula. Terima kasih juga kepada pendengar Suria FM yang terhibur," ujarnya.
Kemunculan Raja Azura itu bagi menceriakan suasana di konti Suria FM selepas bekas penyampainya, Datuk Fizz Fairuz membuat keputusan berundur diri pada minggu lalu kerana mahu fokus kepada keluarga.
Sebelum ini, Kak Engku pernah bersama-sama dengan Salih Yaakob mengendalikan segmen Sinar Pagi di stesen radio Sinar FM selama sembilan tahun sebelum k0ntrak mereka tidak disambung pada 2015.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment