Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu personaliti media sosial, Kasih Iris Leona telah pun berjaya menamatkan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan di University of Bath, United Kingdom.
Momen graduasi Leona ini penuh bermakna apabila ia disambut meriah oleh ahli keluarga yang tidak melepaskan peluang hadir meraikan kejayaannya, selepas tiga tahun menimba ilmu di bumi asing.
Sementara itu, Azhar pula dilihat memuat naik ucapan menyentuh hati khas buat anak bongsunya yang merupakan kembar kepada Andika Rees Pahamin.
Klik untuk gambar besar
Dalam perkongsian itu, Leona kelihatan anggun dan unik di hari graduasinya apabila tampil dengan gaya klasik moden dengan memakai busana kebaya berwarna merah jambu yang merupakan warna kegemarannya, begitu juga ahli keluarganya yang turut mengenakan warna sedondon.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment