"Thalita memang pandai buat kentang goreng dan memang selalu kami buat sendiri di rumah. Malam itu, dia panaskan minyak agak lama sebelum mahu memasukkan kentang.
"Ketika mahu menggoreng, kemungkinan tangan dia masih basah, menyebabkan minyak mel£tup. Dia terus mer@ung satu rumah. Kami p@nik tak tahu nak buat apa, malah ubat pun tak jumpa."
Demikian jelas isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah, dimana kongsinya, anak tirinya, Dzahira Talita Zahra, 12, telah mengalami keced£raan akib@t terkena minyak panas ketika memasak kentang goreng di rumah mereka, malam kelmarin.
Kata Watie atau nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9 malam ketika mereka sekeluarga sedang menyediakan makanan ringan untuk dimakan bersama.
Ujarnya lagi, keadaan menjadi lebih sebak apabila Thalita dalam tangisan bertanyakan soalan yang mengundang rasa sayu di hatinya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Watie berkata, anak-anaknya memang rajin ke dapur dan gemar mencuba resipi baharu, namun dia jarang membenarkan mereka memasak kerana bimbang ris1ko keselamatan.
Berkongsi lanjut, Watie memberitahu, sikap Thalita seakan-akan sama dengan dirinya kerana sekiranya dil@nda musib@h, dia sentiasa mengingati kesal@han apa yang dilakukan sehingga dia diuji sedemikian.
"Tapi sebab inilah yang buat mummy jarang nak bagi anak-anak tolong masak. Paling mummy suruh tolong basuh pinggan saja. Kesian anak mummy, dengar Talita mer@ung mummy pun jadi p@nik, menggel£tar sekali tak tahu nak buat apa dulu.
"Dalam tangisannya, mulut dia tak henti-henti bertanya soalan mengenai d0sa dan ujian Allah. Saya rasa perangai dia itu sama seperti saya. Kalau Allah beri dug@an, saya pun selalu terfikir sama ada saya ada buat sal@h dengan ibu atau dengan suami," tuturnya.
Disamping itu, Watie turut memohon doa orang ramai agar Thalita segera sembuh dan mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai petua atau rawatan untuk terkena minyak panas supaya berkongsi dengannya.
Di media sosial, Watie turut memuat naik beberapa gambar keadaan tangan Thalita selepas menerima rawatan dan kesan mel£cur akib@t terkena minyak panas itu.
"Doakan Thalita cepat sembuh dan kalau korang ada tip terkena minyak panas, jangan lupa kongsi dengan mummy okay," kata Watie yang mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada 23 Jun 2023.
Untuk makluman, Thalita merupakan anak hasil perkahwinan Shuib dengan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akib@t jangk1tan C0V1D.
Selain Thalita, Shuib juga mempunyai tiga orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 13, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 4 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment