"Saya baru bertemu dengan Amir dan beritahu dia mengenai bantuan yang kami akan aturkan, hasil dari sumbangan yang diterima dari kutipan melalui Pertandingan Golf Amal yang dianjurkan oleh Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) pada 23 dan 24 Ogos ini.
"Kami amat bersyukur atas insiatif ini yang diadakan oleh Pekema untuk membantu ahli kami yang menghadapi mas@lah kesihatan serta bantuan kepada badan-badan amal yang lain.
"Ini kali kedua Pekema membantu ahli Karyawan. Sebelum ini pada November tahun lalu mereka sudah salurkan bantuan untuk diagihkan kepada 30 artis."
Demikian kata Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez menerusi kenyataan yang dikeluarkan, dimana mereka sudah bertemu pelawak Amir Raja Lawak dan menjelaskan mengenai bantuan ini.
Karyawan terus kekal dengan misi membantu penggiat seni tanah air yang mempunyai mas@lah serta dalam kesus@han.
Terbaru, Karyawan sudah mengaturkan bantuan kepada 10 artis yang memerlukan, termasuk Amir Raja Lawak yang kini memerlukan wang untuk membantu bapanya yang menghidap kans£r usus.
Ujar Freddie, dia amat berterima kasih kepada Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pekema yang sudi membantu artis-artis yang sus@h.
"Saya juga sudah berbincang dengan Amir berkenaan bayaran tertungg@k dari sebuah penerbit rancangan televisyen dan beliau setuju jika Karyawan membantunya dalam menyelesaikan k£s terbabit.
"Kami difahamkan pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan turut membantu dalam hal ini," jelasnya yang turut berkata, artis lain yang akan menerima bantuan dari Karyawan dan Pekema adalah pelakon Mariati Husin.
"Mariati kini berada di Hospital Kota Tinggi, Johor kerana mengalami mas@lah buah pinggang kr0nik di mana ia akan memerlukan rawatan dialisis selepas ini. Dia juga adalah balu kepada pelakon veteran, Allahyarham Tamam Idris yang meninggal pada 2016," tuturnya.
Artis-artis lain yang menjadi penerima adalah pemuzik, Nazrin Ahmad Zabidi yang terced£ra dalam kemal@ngan jalan raya dan terputus jari tangan, penyanyi Dino Nico yang mengalami angin ahmar, penyanyi V Sarangabani, S Rohani dan Ali XPDC.
Tidak ketinggalan, pelawak dan pelakon, Sathiya, Jalil Hamid dan Wan Maimunah yang turut diberi bantuan.
"Sebagai tanda sokongan kepada Pertandingan Golf Amal Pekema, artis yang aktif bermain golf iaitu Sharif Zero dan Johan As'ari turut mengambil bahagian dalam pertandingan itu. Turut serta ialah penjaga gol Terengganu, Badrul Hanapi Ali," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment