15 August 2025

"BIASALAH T£GURAN IBU KEPADA ANAK..." - PEGUAM IBU ANNA JOBLING SAHKAN TERIMA SURAT T£GURAN BERHUBUNG KEJADIAN DI KAWASAN PARKIR



"Ya, peguam Anna ada menghantar surat (t£guran) kepada kami. Pihak saya mewakili ibu Anna. Kami telah berbincang dengan ibu Anna untuk meneliti isi kandungan surat tersebut sebelum memberi jawapan."

Demikian jelas peguam yang mewakili ibu kepada pelakon Anna Jobling, Ariz Arop iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, dimana beliau memaklumkan telah menerima surat t£guran daripada pihak Anna pada Selasa, susulan insid£n yang berlaku pada awal pagi Isnin.

Menurutnya lagi, kandungan surat berkenaan menyebut kejadian yang berlaku antara Anna dan ibunya di sebuah kawasan parkir pada awal pagi Isnin.

Klik untuk gambar besar

Sebelum itu, ibu Anna menerusi media sosial, ada memuat naik gambar pertemuan dia bersama peguam di pejabat Akberdin pada Khamis.

Mengulas lanjut, Akberdin turut memberitahu, Ariz ada membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
"Ibu Anna yang terkunci dalam kereta itu dan dia sudah buat laporan polis," ujarnya yang juga berkata, dakwaan kononnya ibu Anna bersikap kas@r sebelum ini adalah keterlaluan.

Namun begitu, Akberdin tidak menafikan Ariz ada menegur anaknya itu sebagai sal@h satu bentuk pengajaran.

"Biasalah t£guran ibu kepada anak. Tentang dakwaan ibu s£pak Anna itu adalah tidak benar. Dia (Ariz) selama ini banyak men£gur sebab t@kut anaknya itu melakukan perkara tidak baik. Namun dia juga faham Anna sudah dewasa dan boleh memilih jalan sendiri," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: