"Hasil semakan mendapati, seorang tidak memperbaharui cuk@i jalan selama setahun, manakala seorang lagi selama dua tahun. Sejak op£rasi terbaru dijalankan, ramai pemilik kenderaan mewah tampil untuk memperbaharui cuk@i jalan dan insur@ns, termasuk ahli perniagaan dan usahawan terkenal."
Demikian kata pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, yang memaklumkan, seorang selebriti dan seorang influ£ncer media sosial kini telah mematuhi peraturan apabila tampil sendiri hari ini bagi memperbaharui cuk@i jalan bagi kenderaan mewah mereka.
Sebelum ini, kedua-dua individu tersebut berada dalam pemantauan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana gag@l memperbaharui cuk@i jalan.
Disamping itu, ujar beliau lagi, pihaknya mengalu-alukan tindakan tersebut dan menasihatkan individu lain yang masih belum memperbaharui cuk@i jalan dan insur@ns supaya berbuat demikian segera.
Dalam pada itu, menurutnya, Op Luxury akan dijalankan secara berkala dengan pelbagai kaedah pemantauan, termasuk penggunaan pegawai penyamaran.
Terdahulu, dilaporkan sekurang-kurangnya dua selebriti sedang dipantau JPJ kerana gag@l memperbaharui cuk@i jalan dan insur@ns kenderaan mewah. Turut berada dalam senarai ialah ahli perniagaan dan influ£ncer yang disy@ki melakukan kesal@han sama.
Sias@tan turut mendapati, sebahagian kenderaan tersebut mempunyai cuk@i jalan tamat tempoh, namun tidak digunakan di jalan raya.
Pada fasa pertama Op Luxury pada Jun lalu, sebuah Porsche milik seorang pelakon wanita antara 101 kenderaan mewah yang disit@ kerana tidak mempunyai cuk@i jalan sah. Kenderaan tersebut dilepaskan selepas pemiliknya memperbaharui cuk@i jalan pada 24 Jun.
Orang ramai boleh menyalurkan maklumat mengenai kesal@han trafik melalui aplikasi MyJPJ (e-Aduan) atau e-mel ke aduantrafik@jpj.gov.my dengan butiran lengkap.
JPJ men£gaskan bahawa Op Luxury akan terus dilaksanakan bagi memastikan hanya kenderaan sah, selamat dan berdaftar berada di jalan raya negara.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment