20 August 2025

"DEWAN DAH BOOK (DITEMPAH) DAH" - NETIZEN DAKWA FATTAH AMIN BAKAL TAMAT ZAMAN DUDA TAHUN INI?



Nama Fattah Amin hangat diperkatakan selepas k£coh di media sosial mendakwa pelakon itu bakal menamatkan zaman duda dalam waktu terdekat.

Seorang pengguna platform Thr£ad iaitu 'Kimchikims_' mendakwa dia mendapat maklumat mengenai Fattah daripada sumber yang boleh dipercayai.

"Info sahih kata Fattah Amin akan kahwin tak lama lagi," katanya ringkas yang berkongsi khabar tersebut.

Meskipun tidak menyebut nama pasangan, namun terdapat netizen yang memetik nama penyanyi Amira Othman sebagai calon isterinya.

Klik untuk gambar besar

Meninjau ruangan komen di hantaran itu, rata-rata tumpang gembira dengan khabar berkenaan, selain ada yang mendakwa majlis tersebut bakal diadakan pada Disember ini.

Tidak hanya itu, ada juga yang mendedahkan pasangan itu sudah menempah dewan bagi majlis perkahwinan mereka.

"Dah ada orang dedah dewan sudah tempah, baguslah tahniah! Disember kot.
"Berita ini yang kami mahu dengar, akhirnya mereka kahwin juga!" itulah antara komen-komen netizen.

Sementara itu, usaha media menghubungi Amira untuk mendapatkan penjelasan lanjut tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Sebelum ini, Fattah dan Amira kerap dilihat bersama dan mengenakan pakaian sedondon dengan alasan berkerjasama atas urusan kerja.

Malah, Fattah pernah menyangkal dakwaan dia dan Amira bakal mendirikan rumah tangga pada 25 Mei lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: