"Panggilan video yang dimuat naik di media sosial dibuat semalam (Isnin), kami keluar bersama-sama. Fatima tidak ada mengadu atau menunjukkan apa-apa reaksi neg@tif. Hubungan saya, Fatima, Fazura dan nenek Fatima baik-baik sahaja. Kami elok sahaja berjumpa waktu saya ambil Fatima."
Itulah kata pelakon Fattah Amin, 35, yang meluahkan rasa k£sal dengan dakwaan segelintir netizen mendakwa anaknya, Nur Fatima Aisya, 5, pernah mengadu atau menunjukkan reaksi neg@tif terhadap neneknya seperti yang tular di media sosial.
Dalam pada itu, Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin memaklumkan, panggilan video yang dimuat naik di media sosial pada Isnin dirakam ketika mereka keluar bersama, selain menjelaskan, hubungan semua pihak terutama keluarganya berada dalam keadaan baik.
Disamping itu, ulas Fattah lagi, ibunya turut sedih dengan isu yang diperkatakan, namun dia menasihati agar tidak membaca atau melayan komen neg@tif di media sosial.
"Sudah tentu ibu saya sedih dengan apa yang jadi. Cuma saya nasihatkan pada ibu supaya tak tengok atau baca perkara macam itu. Orang boleh cakap macam-macam, tapi kalau benda tak betul buat apa nak terasa. Kita dah jelaskan perkara betul, tapi terpulang pada mereka untuk menilai.
"Saya akan terus bekerja tanpa henti, buat apa yang perlu untuk keluarga saya. Selebihnya kalau ada yang nak buat perkara tidak baik, saya serahkan pada Allah," tuturnya.
Disamping itu, Fattah turut mengingatkan orang luar supaya tidak meny£barkan perkara neg@tif atau membuat andaian tidak benar kerana hanya akan mengundang fitn@h.
Klik untuk gambar besar
"Lebih baik tulis, komen dan bercakap perkara yang p0sitif supaya mengelakkan fitn@h daripada berlaku. Jangan buat perkara yang boleh menimbulkan keb£ncian antara satu sama lain," ujarnya.
Sebelum ini, tular rakaman siaran langsung memaparkan Fatima meluahkan rasa kurang senang kepada ibunya, pelakon Nur Fazura apabila mendakwa neneknya menyebut perkara yang tidak manis mengenai dirinya.
Namun, Fazura yang juga seorang usahawan itu dengan tenang menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan perkara tersebut mustahil berlaku.
Adik kepada Fattah iaitu Raihan Amin, turut tampil mempertah@nkan ibunya, Azizah Abd Ghani dengan menafikan segala tuduhan neg@tif yang dil£mparkan di media sosial.
Terbaharu, Fattah ada berkongsi momen ceria bersama Fatima ketika keluar berjalan sambil membuat panggilan telefon kepada ibunya, selain berbincang mengenai perancangan bercuti ke Tokyo Disneyland.
Untuk makluman, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, sebelum bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment