29 August 2025

ISU HUT4NG MAMAK PUTEH DENGAN STESEN TV SELESAI - USAHA SHAHROL SHIRO JADI 'ORANG TENGAH' BERHASIL



"Selepas perbincangan tempoh hari, selesai sudah isu Mamak Puteh bersama CTG Pictures dan Awesome TV."

Itulah tulis pelawak Shahrol Shiro di platf0rm media sosialnya, dimana isu berkaitan tungg@kan bayaran oleh sebuah syarikat pr0duksi kepada sahabatnya yang juga pelawak, Mamak Puteh kini selesai.

Nampaknya usaha Shahrol sebagai 'orang tengah' dalam membantu Mamak berhubung pembayaran membabitkan syarikat pr0duksi dan sebuah stesen televisyen membuahkan hasil.

Shahrol menerusi hantaran sama turut memuat naik gambar cek bernilai RM17,000 di atas nama Mohamad Ikhtiarudin bin Naina Mohamad yang juga nama sebenar Mamak dipercayai daripada syarikat pr0duksi dan stesen TV terbabit.

Klik untuk gambar besar

Dalam masa sama, Shahrol turut bergurau dengan sahabatnya agar menggunakan wang itu di jalan yang benar.

"Gunakan duit itu untuk keluarga, jangan pula dengan kawan-kawan ke Danok (Thailand)," katanya yang turut menyertakan emoji ketawa.

Hantaran itu juga disertakan dengan tangkap layar WhatsApp daripada Mamak kepadanya yang mengucapkan terima kasih serta cek tertera jumlah RM17,000.

"Terima kasih sahabat. Awak banyak bantu saya dalam k£s ini. Terima kasih banyak-banyak," tutur Mamak.
Sebelum ini, Shahrol bersama pelawak yang mempunyai mas@lah tungg@kan bayaran bertemu untuk berbincang dengan stesen televisyen terbabit.

Hasil perbincangan, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak meneruskan sam@n dengan syarat penyelesaian dilakukan segera.

Sementara itu, Shahrol turut bertanya dalam hantaran sama sekiranya masih ada individu yang belum menerima bayaran.

Antara yang menjawab adalah dua pelakon dan pelawak, Azizul Ammar dan Anas Ridzuan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: