02 August 2025

JALANI PEMB£DAHAN JANTUNG - NAZREY JOHARI HENTIKAN SEKETIKA AKTIVITI SENI, BERI RUANG KEPADA PROSES PEMULIHAN



"Alhamdulillah, saya kini kena banyak berehat atas nasihat doktor. Malah, aktiviti seni terpaksa saya hentikan seketika untuk beri ruang kepada proses pemulihan.
"Saya nasihatkan semua sahabat Munsyid Malaysia agar jaga kesihatan, amalkan gaya hidup sihat dan jangan lupa buat pemeriksaan kesihatan secara berkala. Jangan ambil ringan."

Itulah tutur bekas anggota Raihan, Nazrey Johani, 54, dimana dia dinasihatkan doktor agar berehat, sekali gus menghentikan seketika segala aktiviti dilakukannya termasuk dalam karier nyanyian.

Sebelum ini, Nazrey yang menetap di negeri kelahirannya di Sabah itu dilaporkan mengalami s£rangan jantung baru-baru ini dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Kata Nazrey, dia bersyukur selepas menjalani pemb£dahan memasukkan belon dan 'st£nt' ke jantung, keadaan kesihatannya ketika ini berada dalam fasa pemulihan dan semakin baik.

Disamping itu, Nazrey menerima kunjungan penuh kasih dan solidariti daripada Persatuan Munsyid Malaysia diwakili kumpulan Inteam yang meluangkan masa menziarahinya serta menghulur sumbangan kewangan.

Kunjungan kumpulan Inteam ke Sabah itu difahamkan sempena persembahan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) bagi sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2025.

Sementara itu, Presiden baharu Munsyid Malaysia, Hazamin Inteam berkata, pihak persatuan menerusi Biro Keahlian dan Kebajikan sangat memahami keadaan mas@lah kesihatan dialami Nazrey sekarang.

"Jadi, kehadiran kami (Munsyid Malaysia) ini secara tidak langsung bagi menyampaikan juga sumbangan kebajikan kepada Nazrey untuk membantu meringankan bebannya disebabkan tidak sihat.

"Kami hadir bukan sekadar membawa doa dan sumbangan, tetapi sebagai tanda persaudaraan sesama munsyid buat Nazrey yang juga sosok penting dalam sejarah perkembangan nasyid tanah air.

"Semangat dan perjuangannya (Nazrey) turut dilihat menjadi inspirasi buat generasi penyanyi nasyid lain. Bagaimanapun, semoga Nazrey pulih dan kembali sihat," ujarnya.

Dalam kunjungan itu, Hazamin berkata, Nazrey juga berkongsi kisah perjuangannya dalam muzik nasyid sejak era kegemilangan bersama Raihan pada 1990-an lalu berserta nasihat.

Mengenai Munsyid Malaysia, katanya, persatuan itu melalui Biro Keahlian dan Kebajikan sangat komited untuk terus menjaga kebajikan artis nasyid tanah air sebagai satu komuniti yang saling menyokong ketika sus@h dan senang.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: