02 August 2025

TANGGUH HASRAT BUAT HIDUNG, 'V SHAPE' DI KOREA - FAREZ ADNAN CUBA PUJUK IBU, MINTA RESTU : "LEBIH BAIK JUJUR DARIPADA ORANG LAIN TENGOK LAIN TERUS..."



Disebabkan mas@lah cuaca yang tidak menentu, penynyi Farez Adnan, 30, mengakui dia terpaksa menangguhkan hasratnya untuk membuat pembedahan hidung di Korea Selatan.

Bukan itu sahaja, malah kata Farez atau nama sebenarnya, Muhd Fareezuan Adnan, dia juga perlu mendapatkan restu ibunya sebelum membuat pemb£dahan yang dianggarkan bernilai RM32,000 itu.

"Saya memang nak buat tapi mungkin akan datang semula pada November nanti. Lagipun kena duduk dua minggu dan sekarang cuaca panas tak sesuai untuk pemulihan.

"Saya datang pun tak rancang, semuanya pada saat-saat akhir, doktor pun tak ada lagi. Jadi saya datang untuk rundingan terlebih dahulu.

"Lagipun saya kena balik Malaysia dulu sebab ibu tak bercakap dengan saya. Dia tak bagi lakukan pembedahan. Jadi saya perlu pujuk dia dulu," jelas bekas Akadami Fantasia 2014 (AF2014) itu.

Klik untuk gambar besar

Selain itu, Farez berkata, memandangkan sudah berada di sana, dia turut mengambil kesempatan untuk membuat beberapa rawatan kecantikan di negara itu.

Ujarnya lagi, dia lebih selesa bersikap jujur kerana enggan menimbulkan pelbagai sp£kulasi tidak enak dalam kalangan peminat.

"Tapi sekarang saya buat rawatan Vshape dulu dengan buang garis halus, rugi pula datang jauh-juah tak buat apa-apa. Lebih baik jujur daripada orang lain tengok lain terus," tuturnya.

Sementara itu, menurut Farez, dia menghidap Chr0nic Sinusitis with Nasal P0lyps sejak daripada zaman persekolahan dan berhubung itu, dia perlu menjalani pemb£dahan hidung itu.
Jelasnya, bagi memudahkan urusan sekiranya dia meninggal dunia kelak, dia memilih untuk tidak menggunakan silik0n, sebaliknya mengambil tulang rusuk.

"Sebenarnya saya mengidap sinus kr0nik dengan p0lip hidung, tapi alang-alang itu saya buat hidung terus guna tulang rusuk kalau meninggal tak perlu buka.

"Saya memang ada sinus dari zaman sekolah dan kerap sangat bersin sampai pening. Tapi bukan perlu segera sangat pun cuma saya yang mengada-ngada," kongsinya.

Dalam pada itu, Farez juga meluahkan rasa kebimbangan sekiranya pemb£dahan tersebut akan memberi k£san kepada suara dan rupa parasnya.

"Risau juga suara jadi lain nanti, itu yang saya tanya betul-betul sebelum bersetuju. Tapi saya lakukan ini untuk peluang yang lebih besar," ulasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: