14 August 2025

LEGASI ARWAH SUHAIMI SAAD : ANAK SULUNG MAHU TERUSKAN, PEGANG PESANAN SELITKAN MESEJ DAKWAH - INA NAIM BERI GALAKAN



"Antara hasrat terakhir arwah ayah ialah dia mahu melihat anak-anak menyambung legasinya dan saya mahu melakukan itu.

"Saya juga nak buktikan meskipun saya tak bersekolah normal tetapi saya nak buat terbaik untuk membanggakan ibu ayah saya."

Demikian kata anak sulung kepada pasangan Ina Naim dan Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ehmad Hadie Elhardie, 17, dimana dia mahu meneruskan legasi bapanya dalam bidang nyanyian.

Ujar Hadie yang menyertai pr0gram 'Talk To My Manager' (TTMM), meskipun dia tidak menuntut di sekolah harian, dia mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa dia boleh membanggakan ibu bapanya.

Selain itu, Hadie juga mahu mengharumkan nama keluarga sebagai cara melunaskan pesanan terakhir dititipkan arwah bapanya.

"Saya sertai pr0gram ini juga kerana mahu membanggakan ibu yang sudah banyak berk0rban membesarkan saya. Jadi, saya bert£kad mahu memulakan semula karier nyanyian yang pernah ayah tinggalkan.

"Harapan saya cuma satu, saya mengharumkan nama kedua orang tua, walaupun sekarang ini saya masih lagi belajar," jelasnya.

Dalam pada itu, Hadie juga berpegang pada pesanan arwah bapanya yang meminta untuk menyelitkan mesej dakwah dalam nyanyian serta menyifatkan ianya peluang untk mengembangkan lagi bakatnya.

Klik untuk gambar besar

"Arwah ayah juga pesan itu tidak lari dari dakwah di mana dalam nyanyian juga boleh diselitkan mesej-mesej kebaikan.

"Dan pada saya program yang saya sertai ini menjadi batu lonc@tan buat saya untuk kembangkan lagi bakat dan karier saya.

"Mungkin awal-awal ini saya kuncup (m@lu) tetapi lama-kelamaan saya pasti akan kembang dan terbiasa," tuturnya.

Sementara itu, Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Mohd Naim, 41, pula berkata, dia membenarkan anak sulungnya itu menyertai pr0gram terbabit bagi meneruskan legasi Allahyarham ayahnya, Suhaimi Saad.

Jelasnya, dia menyokong penuh anaknya itu menyanyi dan menggunakan TTMM sebagai platf0rm untuk mengetengahkan Hadie dalam industri seni tanah air.

"Ia adalah peluang terbaik Hadie untuk sambung perjuangan seni arwah suami. Dulu, masa arwah ayahnya masih ada, pernah juga dapat tawaran pr0gram seperti ini, tapi sebab s@kit dan jarak yang jauh, dia tolak.

"Kali ini Allah beri peluang pada anak pula. Kalau tidak dapat harumkan nama ibu, harumkanlah nama ayah. Dalam setiap persembahan, ingatkan arwah ayah. Buat yang terbaik.
"Saya juga sentiasa pantau Hadie setiap masa. Walaupun sibuk dengan aktiviti dan menyanyi, saya dapati dia masih solat dan ikut apa yang diajar dan dipesan ayahnya," ujarnya.

Disamping itu, kata Ina lagi, dia juga tidak kisah sekiranya berdepan krit1kan dan kec@man berhubung keputusan ini.

"Saya sememangnya sudah lali dengan pujian dan kec@man netizen dan kali ini buka ruang buat Hadie pula melalui situasi itu.

"Ia sebagai satu ujian untuknya supaya bersedia apabila melangkah masuk dalam industri nanti," tuturnya.

Untuk makluman, Ina berkahwin dengan Allahyarham Suhaimi pada 12 Ogos 2007 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Ina kemudian bergelar ibu tunggal selepas Allahyarham Suhaimi meninggal dunia akib@t jangk1tan kum@n pada paru-paru pada 15 November 2023.

Pada 8 November 2024, pintu hati Ina kembali terbuka apabila mendirikan rumah tangga bersama Mohd Khairul Rizal yang berstatus duda dan memiliki dua anak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: