19 August 2025

NAFI TERBURU-BURU - LINDA HASHIM DEDAH 4 SEBAB TUNTUT CERAI ANTARA DAKWANYA DIPUKVL SEJAK 2016, AKUR JIKA K£S DIBAWA KE PROSES HAKAM : "DIA AKAN MANGGA PINTU RUMAH DARI LUAR..."



"Ada empat sebab kenapa saya tak balik ke rumah selama sembilan bulan. Pertama, saya kena pukvl sejak 2016. Kedua, anak-anak saya tak nak balik kerana mereka tr@uma.

"Ketiga kunci rumah ada pada dia dan keempat apabila saya balik rumah, dia akan mangga pintu rumah dari luar. Saya ada saksi yang tolong memotong mangga.

"Selama ini saya diam, sekarang saya beritahu perkara sebenar," itulah jelas pelakon Linda Hashim, dimana dakwanya, dia dipukvl oleh suaminya yang juga pelakon, Beego dan mendedahkan punca sebenar dia tidak pulang ke rumah selama sembilan bulan.

Kata Linda, dia turut bimb@ng anak-anak dikas@ri serta mereka turut tr@uma melihat insid£n kegan@san rumah tangga sebelum ini.

Dalam pada itu, Linda memberitahu, dia mempunyai laporan polis serta surat perintah lar@ngan mengg@nggu atau mendekati (OACC) yang menghalang Beego daripada mendekatinya.

Selain itu, Linda turut memberi am@ran kepada suaminya itu agar tidak lagi melakukan prov0kasi terhadap dirinya dan anak-anak kerana dia mempunyai banyak bukti.

Klik untuk gambar besar

"Jangan g@nggu kehidupan kami yang kini lebih tenang. Jangan s£bar fitn@h dan man1pulasi. Jangan tambah-tambah cerita dan prov0ke sebab saya langsung tak g@nggu hidup dia.

"Baru saya muat naik mengenai anak-anak, dia sudah kata saya prov0ke. Belum lagi saya dedahkan bukti-bukti yang banyak dalam telefon saya. Ini am@ran saya," ujarnya.

Sementara itu, peguam mewakili Beego memaklumkan, anak guamnya memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mendengar keputusan Jawatankuasa Pendakmai (JKP) kerana tidak sihat.

"Beego hubungi saya pagi tadi maklumkan tidak dapat hadir kerana tidak sihat. Suaranya kedengaran s£rak mungkin b@tuk dan seles£ma," tuturnya yang turut berkata, Beego belum sedia untuk berpisah, namun tidak menolak jika perceraian dapat diselesaikan secara baik.

Disamping itu, Linda berharap, proses perceraian mereka dapat diselesaikan dengan segera, namun akur jika ianya dibawa ke peringkat hakam.
"Jika perlu sampai ke peringkat hakam, saya akur dan akan teruskan hingga selesai," kata ibu kepada tiga cahaya mata itu yang dalam masa sama turut tampil menjawab dakwaan netizen mengenai tindakannya yang seolah-olah beria mahu segera diceraikan dan memegang status ibu tunggal.

Jelas Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim, 41, dia tidak pernah terburu-buru, sebaliknya tenang mengikut segala proses yang ditetapkan mahkamah.

"Macam saya pernah cakap, saya tak rush1ng (terg£sa-g£sa). Saya dah ulang banyak kali. Tindakan yang diambil hanyalah untuk mengesahkan kedudukan status rumah tangga memandangkan lafaz taklik telah dilangg@r.

"Benda yang tak baik, elok kita buang cepat-cepat. Tapi sekali lagi saya nak t£gaskan, saya tak terg£sa-g£sa. Daripada awal saya ikut saja apa yang mahkamah tetapkan. Tarikh seterusnya pun saya ikut.

"Kalau betul saya nak cepat serta nak jadi ibu tunggal macam-macam cara saya boleh buat. Tapi saya ikut peguam, hakim dan proses. Bila dia tak datang pun, saya ikut saja," ujarnya.
Linda berkongsi perkara itu selepas selesai mendengar keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa.

T£gas Linda, sikap Beego yang didakwa culas dalam menunaikan tanggungjawab menjadi punca dirinya ingin berpisah, malah katanya lagi, sejak pendedahan dibuat sebelum ini, Beego dikatakan hanya memberi RM300 sebagai wang nafkah anak-anak.

"Dah berbulan-bulan, bukan sekarang saja, malah sebelum ini lagi. Nafkah saya tidak diberi. Itu tidak bagus untuk dia, untuk dirinya sendiri. Tak elok, hanya menambah d0sa.

"Jadi untuk apa nak simpan saya lagi kalau nafkah pun tidak diberi? Itu sebabnya saya nak dilepaskan," ulasnya lagi yang hanya mahu urusan perceraiannya segera selesai, selain dapat membina hubungan baik demi anak-anak.

Tambah Linda, anak-anaknya juga jarang bertanya keadaan bapa mereka susulan sudah terbiasa dengan ketiadaan bapanya.
"Dia boleh jadi seorang bapa yang baik manakala saya jadi seorang ibu yang terbaik untuk anak-anak. Hidup kami terus berjalan macam biasa. Saya tiada mas@lah, tiada halangan pun kalau dia nak berjumpa dengan anak-anak," jelasnya.

Sebelum ini, Beego mempertah@nkan diri selepas isterinya mendakwa dia bersikap sambil lewa dalam membayar nafkah anak, selain turut mempers0alkan semula dimana isterinya sepanjang sembilan bulan mereka berdepan mas@lah rumah tangga.

Terdahulu, Linda memfailkan cerai terhadap Beego pada awal Januari lalu dengan alasan tiada persefahaman.

Pada 27 Mac 2023, pasangan ini pernah bercerai talak satu sebelum sepakat kembali rujuk pada 9 April 2023.

Linda bagaimanapun mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Untuk makluman, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: