"Itu di luar bidang kuasa dan kawalan saya. Saya tidak mahu menyal@hkan sesiapa. Tahun ini mungkin tiada rezeki saya, tak mengapa sebab sebelum ini anugerah itu pernah memberikan penghargaan pada saya.
"Mungkin tahun ini bukan rezeki saya dan peminat saya. Insya-Allah. Tapi saya masih tersangkut di satu kategori jadi peminat jangan kec£wa dan bersedih. Boleh undi untuk kategori itu."
Demikian ujar penyanyi Aina Abdul, 32, dimana dia tidak terkil@n namanya tidak tersenarai menerusi kategori Penyanyi MeleTop dan Vokal MeleTop di Anugerah Meletop Era 2025 selepas ramai pihak mempers0alkannya.
Kata Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, perkara itu di luar kawalannya, namun dia tetap bersyukur walaupun hanya dicalonkan dalam satu kategori iaitu Group/ Duo Mel£Top bersama Fabio Asher.
Dalam pada itu, Aina memaklumkan, hak pencalonan itu tertakluk kepada pemilihan penganjur dan tiada keperluan pun untuk mempertik@i.
Klik untuk gambar besar
"Mereka juga ada hak mahu calonkan sesiapa yang mereka inginkan. Kita sokong penyanyi yang tercalon. Tak mengapa, ini bukan penghujung duni," tuturnya yang turut memberitahu, disebabkan namanya tiada, dia memilih Ernie Zakri sebagai pilihan utamanya memenangi kategori Vokal MeleTop itu.
Sementara itu, penyanyi 'Terus Hidup' ini menzahirkan keterujaan tercalon dua kategori di Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025), iaitu Selebriti Ikon Terhangat Dikuasai Oleh Samsung Galaxy dan Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat.
"Sudah tentu saya mahu peminat saya peminat sebab anugerah ini untuk peminat saya yang menyokong saya walaupun mungkin tahun ini formula saya agak lewat tapi mereka tetap setia menunggu lagu saya.
"Alhamdulillah, sebab peminat juga album saya juga sudah mencecah lapan juta 'str£aming'. Terima kasih kepada peminat saya dan harap ada rezeki mereka pada malam Ahad nanti. Mereka yang gigih mengundi, saya hanya jadi medium untuk mereka 'exercise' tangan," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment