"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dapat mem£cah rekod Malaysia untuk mencatat jualan terpantas di platform penstriman TikT0k.
"Walaupun terpaksa lalui pelbagai cab@ran, syukur masih ramai beri sokongan sehingga saya berjaya mencapai tahap ini."
Demikian kata usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri apabila berjaya mencatat sejarah tersendiri dengan meraih jualan sebanyak lebih RM1 juta menerusi platform penstriman langsung TikT0k hanya dalam tempoh 2 minit 32 saat.
Pencapaian luar biasa itu sekali gus melayakkan nama Aliff atau nama ,Aliff Syukri Kamarzaman, 38, dimasukkan ke dalam Malaysia Book Of Records bagi kategori Jualan Terpantas Menerusi TikT0k Live di Malaysia.
Klik untuk gambar besar
Menurut bapa kepada enam cahaya mata itu lagi, jumlah jualan sebenar yang direkodkan sepanjang siaran langsung tersebut mencecah lebih RM1.5 juta sekali gus, membuktikan kekuatan jenamanya masih mendapat tempat di hati pengguna tempatan.
Difahamkan, pr0duk yang dijual pada malam berkenaan adalah beg tangan denim edisi khas berharga RM79.90 setiap satu.
Selain itu, Aliff menerusi rakaman siaran langsung itu dilihat sebak dan tidak dapat menahan air mata sebaik berjaya mem£cahkan rekod terdahulu yang pernah dipegang oleh pemp£ngaruh popular iaitu Khairul Aming.
Sebelum ini, pada Februari tahun lalu, Khairul berjaya mencatat angka jualan RM1 juta dalam tempoh 3 minit 39 saat di TikT0k bagi jualan pr0duk Dendeng Nyet Berapi.
Kejayaan Aliff itu turut diraikan dengan sorakan dan tepukan oleh keluarga serta barisan pekerja yang berada di lokasi ketika sesi jualan berlangsung.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan mengucapkan tahniah atas kejayaan luar biasa usahawan sens@si itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment