29 August 2025

RUMAH TANGGA REBECCA NUR AL ISLAM JADI TANDA TANYA, BERI BAYANGAN 'SINGLE MOTHER OF 7' : "TERIMA KASIH UNTUK MEMORI 18 TAHUN INI..."



Pelakon Rebecca Nur Al Islam baru-baru ini ada memuat naik satu perkongsian di media sosial dimana ia telah menarik perhatian apabila berkongsi gambar suaminya, Datuk Nor Azam berserta kapsyen seolah memberi bayangan mengenai rumah tangganya.

Dalam hantaran itu, Rebecca mengucapkan terima kasih kepada suaminya sepanjang 18 tahun mencipta memori bersama, selain berkata, dia dan suaminya sudah cuba berusaha yang terbaik namun Allah adalah sebaik-baik perancang.

"Assalamualaikum, 18 tahun kami bersama. Semoga Allah memberkati awak dengan kesihatan dan kemewahan. Terima kasih untuk memori 18 tahun ini, kita sudah cuba yang terbaik, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang," tulisnya.

Klik untuk gambar besar

Bukan itu sahaja, malah Rebecca turut mengemas kini profil informasi di media sosial miliknya dengan kapsyen 'single mother of 7', sekaligus menc£tuskan tanda tanya.

Untuk makluman, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Nur Azam pada 14 Januari 2011. Pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata dan turut mempunyai seorang anak angkat yang kini berusia 16 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: