"Selamat hari ulang tahun perkahwinan yang kedua buat cinta hati saya (suami). Dari hari pertama sehingga sekarang, awak tak pernah biarkan saya buat kerja rumah, awak tak pernah buat saya rasa ris@u tentang perkara-perkara kecil.
"Awak manjakan saya, lindungi saya dan sayang saya bagaikan seorang puteri. Dan sekarang anak perempuan kita, Lunara buktikan cinta kita lebih sempurna. Saya suka kehidupan bersama awak."
Itulah kata pelakon Datin Intan Najuwa, 28, dimana dia berkongsi kata-kata romantis sebagai tanda syukur bergelar seorang isteri, sempena sambutan ulang tahun perkahwinan yang kedua.
Klik untuk gambar besar
Ujar Intan atau nama penuhnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, kehadiran anak perempuan mereka iaitu Imane Lunara turut menjadi kekuatan bukti cinta dia dan suami.
Selain itu, menerusi beberapa hantaran lain pula, Intan yang bertemu jodoh dengan seorang lelaki bertanggungjawab ini dilihat sedang menikmati percutian di kota London bersama suami dan anak mereka.
Untuk makluman, Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Azraf pada 18 Ogos 2023 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment