"Saya sangat sibuk. Jadi, saya tidak ambil kisah. Dia datang atau tidak, saya tidak ambil peduli. Tetapi sebagai orang Islam, selagi tidak bercerai, saya tidak ada hak untuk menghal@u, berd0sa pula.
"Sebagai isteri, kita perlu menghormati dan bagi saya, walaupun bekas suami sekalipun, kita perlu ada rasa hormat... Itulah prinsip saya. Selagi masih suami isteri, tidak boleh tutup pintu sebab berd0sa."
Itulah ujar Datuk Nora Ariffin, 52, dimana penyanyi itu berkata, dia tidak pernah menghalang suaminya, Dr Rushdi Ramli pulang atau bertandang ke rumah kerana mereka masih suami isteri yang sah.
Dalam pada itu, Nora turut berkongsi mengenai hubungan anak-anak dengan suami, dimana mereka masih seperti satu keluarga, malah sering menasihati anak untuk tidak saling bermasam muka.
"Anak-anak berhubung seperti biasa. Mereka sedar keadaan kami, tetapi, tetap berhubung dengannya. Saya selalu pesan pada anak-anak, kita tidak mahu berg@duh.
"Anak-anak pun berpendirian sama, walau apa pun yang berlaku, mereka tetap hormat kepada Walid (panggilan anak-anak kepada Rushdi). Saya tidak pernah ajar anak-anak untuk memb£nci atau bermusvh... Itu tidak boleh," katanya.
Pagi tadi, proses laporan JKP dalam tuntutan cerai Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin, terhadap Rushdi masih belum menemui kata putus.
Ini berikutan, Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya (UM), masih berhasrat mempertah@nkan rumah tangga bersama penyanyi Nora yang dibina sejak empat tahun lalu.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 3 September depan bagi urusan hakam, iaitu proses melantik wakil bagi suami atau isteri dalam menyelesaikan pertik@ian rumah tangga.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment